Sabtu, 17 Mac 2012

Kenalpasti Senarai Laluan Jalan Berbahaya Di Semenanjung Malaysia...

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Sahabat semua, saya dapat info ini ketika menghadiri sebuah program di sekitar sini beberapa hari lalu. Oleh kerana minggu ini bermulalah cuti sekolah, maka dijangkakan jalanraya kita akan mula dipenuhi pelbagai jenis kenderaan sama ada untuk bercuti, balik kampung atau menghadiri jemputan walimatul urus.


Jadi sebelum memulakan perjalanan, mari kita tinjau-tinjau dahulu beberapa laluan bahaya agar kita lebih berwaspada dan berhati-hati apabila melalui jalan-jalan tersebut :-


SELANGOR

  • Jalan Kuala Selangor - Sabak Bernam
  • Jalan Klang - Banting
  • Jalan Kalumpang - Kuala Kubu Bharu
  • Jalan Kuala Kubu Bharu - Rawang
  • Lebuhraya Utara Selatan ( Sungai Buloh - Tanjong Malim)
  • Lebuhraya Elite ( sekitar Sepang)

KUALA LUMPUR

  • Jalan Sentul
  • Jalan Cheras
  • Jalan Kuching
  • Lebuhraya Connaught
  • Lebuhraya KL - Seremban
NEGERI SEMBILAN

  • Jalan Seremban - Tampin
  • Jalan Seremban - Kuala Pilah
  • Jalan Gemas - Bahau
MELAKA


DAERAH MELAKA TENGAH
  • KM 50 Lebuh AMJ
  • Jalan Umbai - Sg Udang
  • KM 40 Jalan Batang Tiga - Bukit Rampai
  • KM 1 - 35, Jalan Mufti Hj Khalil - Batu Berendam
  • KM 4-13, Jalan Bukit Baru - Bukit Beruang
  • Jalan Tun Abd Razak
  • KM 30, Jalan Tun Fatimah
DAERAH ALOR GAJAH
  • Jalan Sungai Udang - Lubuk China
  • KM 15 - 37, Jalan Rumbia - Kendong- Lubok China - Hutan Percha-Masjid Tanah - Bukit Sedandan
  • KM 15, Jalan Gangsa - Kesang
  • KM 12.3 Jalan Jelatang - Durian Tunggal
  • KM 17-18, Jalan Alor Gajah - Tampin
DAERAH JASIN
  • KM 13-32, Jalan Melaka - Muar
  • KM 22-44, Jalan Garing - Kesang - Chohong
  • KM 15, Jalan Tehel - Bemban
  • KM 14-17, Jalan Bukit Tembakau - Paya Dalam
  • KM 21-40, Jalan Serakam - Kesang Tua
  • KM 24-40, Jalan Batu Gajah - Sg Rambai
JOHOR

DAERAH JOHOR BAHRU
  • KM 9-11, KM 26-36, KM 71-75, Jalan Johor Bahru - Air Hitam
  • KM 4-17, Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi
  • KM 6-31, Lebuhraya Pasir Gudang
DAERAH BATU PAHAT
  • KM 5-24, Jalan Kluang
  • KM 76 - 80, Lebuhraya Utara Selatan
DAERAH SEGAMAT
  • KM 182-189, Jalan Johor Bahru- Segamat
DAERAH KLUANG
  • KM 41-60, Jalan Batu Pahat - Mersing
  • KM 50-73, Lebuhraya Utara Selatan
DAERAH MUAR
  • KM 2, Jalan Bakri
  • KM 10, Jalan Muar Segamat
  • KM 135, Lebuhraya Utara Selatan ( arah utara)
Itu sahaja laluan berbahaya di 5 negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Kepada sahabat yang akan melalui jalan-jalan tersebut, diharapkan senantiasa berhati-hati ya. Janganlah jadikan diri dan ahli keluarga kita sebagai sebahagian dari statistik harian jumlah kemalangan jalanraya
probitasetfides

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...