Rabu, 28 Mac 2012

Limau kasturi : Banyak Khasiatnya!

 

 As- Salam
Sejak akhir-akhir, sedap pulak minum air asam boi+limau kasturi (saya suka keluaran K-Lime). So, entri kali ni, nak share tentang khasiat dan petua-petua yang menggunakan limau kasturi ni.

Nama saintifik limau kasturi ni adalah Citrus microcarpa. Nama lain dalam bahasa Melayu, ‘limau cuit’
.
 Dikatakan, limau ini berasal dari Asia Tenggara, lebih spesifiknya, di Filipina. Orang putih panggil limau ni, Calamansi =)


Antara khasiat dan petua-petua menggunakan limau ni:

1. Merawat lelah.
Perahkan beberapa titis air limau ni dan campurkan dengan sesudu madu lebah. Amalkan seminggu sekali.

2. Mengurangkan pening kepala
Ramaskan limau ni di genggaman anda, ambil baunya. Atau, makan kulitnya. InsyaAllah, pening anda aan berkurangan.

3. Merawat migraine
Ha. Ini memang saya selalu alami! Petuanya, ambil air perahan limau ni, campurkan dengan kopi panas, dan minum.

4. Hilangkan kesan minyak pada kain
Untuk hilangkan kesan minyak, campurkan air perahan limau ni dengan garam,kemudian, gosok tempat yang terkena minyak tu selama 10 minit.

Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua! Jangan lupa tinggalkan komen ye!
thexcel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...