Memang kita dah sedia maklum dengan kehebatan Negara China dengan produk tiruan mereka, tidak kira gajet, baju, kasut, manusia, malah makanan pun boleh ditiru atau diklon oleh penduduk di Negara China. Hebatkan?
Walnut Palsu Versi China - Kacang walnut yang sebenar dikeluarkan dari kelongsongnya, dan digantikan dengan ketulan konkrit kecil dan kemudian kelongsong tadi digam kemas. Untuk menyempurnakan ‘ilusi kacang’ ini, konkrit tadi dibalut dengan kertas.
Madu Lebah Palsu Versi China - Madu lebah palsu ini mula dikesan pada produk madu yang dilabel secara palsu dan dihantar melalui India ke Amerika Syarikat. Ia ialah hasil mencampurkan air gula, pemanis malt, sirap beras atau jagung, gula tidak ditapis dan pengawet yang lain dengan hanya sedikit kandungan madu lebah asli.
Ada banyak lagi Gambar dan Info Makanan Palsu Versi China nie!
Daging Lembu Palsu Versi China – Membuat daging lembu dari daging ayam dan daging babi kemudian meletakkan harga paling mahal sering berlaku di China. Nak membuat daging lembu palsu ini pun tidak sukar, hanya memerapkan daging ayam atau babi tadi dengan sedikit ekstrak daging lembu gred tinggi dan ejen penyadur selama 90 minit. Campuran ‘bahan perap’ ini sangat berbahaya. Ia didapati boleh meracun organ manusia secara perlahan, menghasilkan kecacatan dan juga mungkin kanser.
Pau Palsu Versi China – Pau yang telah basi tetapi dipakejkan semula untuk dijual ialah satu lagi masalah di China. Sesetengah kedai barangan keperluan harian dikatakan menghantar kembali pau yang tidak laku kepada pembuatnya: syarikat makanan Shanghai Shenglu, di mana pau basi tadi dimasukkan dalam campuran air, tepung dan pewarna kuning yang tidak diluluskan bersama pemanis tiruan. Pau tadi kemudian dibungkus dan dijual semula. Tindakan undang-undang telah diambil kepada pengarah syarikat tersebut oleh kerajaan China dan 30,000 unit pau basi mereka telah dikeluarkan dari semua rak-rak kedai.
Beras Palsu Versi China - Pihak berkuasa Singapura telah melaporkan terdapat beberapa syarikat di China yang menghasilkan beras dari plastik resin, kentang dan keledek. Dalam keadaan mentah, beras palsu ini kelihatan asli, tetapi apabila dimasak, ia akan menjadi keras dan liat. Makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama kadar dengan makan sehelai beg plastik, kata seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina Singapura.
Telur Paslu Versi China – Telur buatan manusia dihasilkan dari bahan kimia, asid alginik, potassium, kalium klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air, dijual seolah ianya telur asli. Ianya direbus dalam air kencing budak lelaki dan kulit telur pula dibuat dari kapur. Tambah merosakkan, cara membuat telur palsu ini boleh didapati dari pelbagai laman sesawang. Adalah dikatakan yang telur buatan manusia ini nampak seperti telur asli, tetapi apabila dimasak, kuning telur akan melantun. Makan makanan tiruan yang menjijikkan ini secara berterusan boleh mengakibatkan amnesia dan kemurungan.
rilekslaSo, berhati-hatilah kalau korang berada di China, manalah tahu pergi makan angin kat China, sekali termakan makanan palsu China nie!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan