Khamis, 29 Mac 2012

Resepi Muffin Coklat

Rsepi  muffin :-
.
Bahan yang anda perlukan:

250g cooking chocolate (saya suka lebih coklat)
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu teh baking powder



Cara-cara memasak:

1. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan coklat masakan.
2. Masukkan mentega, dan kacau sehingga cair.
3. Panaskan oven, pada suhu 170C
4. Pecahkan telur dalam mangkuk lain, dan masukkan gula halus,kacau hingga sebati.
5. Bila dah sebati, masukkan telur dan gula tadi ke dalam mangkuk yang ada coklat dan mentega. Kacau semuanya sampai sebati.
6. Campurkan tepung dan serbuk penaik,seterusnya ayak ke dalam mangkuk adunan coklat tadi. Kacau sehingga adunan semuanya sebati.
7. Ha..dah boleh la isi adunan tadi ke dalam cawan. Tapi ingat, isi separuh ja, sebab nanti ia akan kembang.

Isi separuh je
8. Bakar selama 20minit.
9. Selepas 20 minit, keluarkan muffin dan biarkan ia sejuk sedikit. Pada mulanya, ia agak embik, tapi lama kelamaan dah ok.
Ni la hasilnya!!!

Chocolate muffin 
Muffin coklat saya =)
Selamat mencuba!
 thexcel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...