Selasa, 20 Mac 2012

Fakta Hari I ni - 6 Mitos Mengenai INFLUENZA Yang Wajib Anda Tahu!

RAMAI yang mempunyai pelbagai tanggapan tentang demam selesema termasuk cara menghindar atau merawatnya. Jika silap mengambil langkah asas, penghidap selesema ini bukan bertambah baik malah boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. Berikut adalah antara mitos yang biasa kita dengar:

Mitos 1: 
Vaksin selesema menyebabkan selesema. Jika percaya pada kata-kata ini, maka lebih ramai pesakit berisiko tinggi sedang mendedahkan diri mereka pada bahaya. Vaksin influenza tidak menyebabkan seseorang menghidap selesema kerana ia dihasilkan daripada organisma yang tidak aktif.
Mitos 2: 
Vaksin hanya untuk orang tua. Salah! Ia sebenarnya diperlukan setiap orang yang mahu mengurangkan kemungkinan dirinya diserang selesema. Mereka yang berusia antara enam hingga 23 bulan, wanita hamil dan penghidap penyakit kronik turut mengambil suntikan vaksin.
Mitos 3: 
Mengambil vitamin C boleh menghindar selesema. Sebenarnya tidak ada rawatan yang secara sah membuktikan pengambilannya dapat mencegah selesema. Penyebab influenza adalah virus, ia datang dan pergi.
Mitos 4:
 Sabun anti bakteria boleh mencegah flu. Ia juga satu tanggapan salah. Ia langsung tidak membunuh virus influenza jika seseorang sudah dijangkiti. Namun, tabiat mencuci tangan yang kerap adalah cara yang ringkas dan berkesan untuk mengurangkan pemindahan fizikal penyakit berjangkit, termasuk selesema.
Mitos 5: 
Keluar dalam cuaca sejuk menyebabkan selesema. Oh, kasihan pada cuaca yang dipersalahkan! Walaupun virus ini lebih aktif ketika musim dingin atau musim hujan, cuaca sejuk bukan penyebab jelas seseorang itu dijangkiti.
Mitos 6: 
Tiada rawatan selain berehat, aspirin dan sup ayam. Walaupun sup ayam secara tradisi membantu, namun ubat anti virus kini boleh didapatkan daripada klinik. Ramai yang tidak tahu kelebihan ubat anti virus ini. Dalam masa 48 jam ia diambil selepas menyedari simptom jangkitan, ia sudah boleh membantu tubuh agar lebih bertahan dan cepat sembuh. Aspirin pula bukan untuk kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, kerana ia boleh mendatangkan penyakit lain yang dipanggil sindrom Reye.
duniajunko


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...