Jumaat, 23 Mac 2012

Tip Mengatasi Kesukaran Tidur (Insomnia)

Adakan di antara kita mengalami masalah kesukaran tidur? Kesukaran tidur merupakan satu penyakit yang dipanggil insomnia dan terjadi kepada hampir semua golongan

  Andakah anda mengalami masalah kesukaran untuk tidur? Jika ya! Anda berkemungkinan besar menghidap penyakit Insomnia. Insomnia adalah penyakit ganguan tidur atau dalam erti kata lain susah nak tidur. Ianya biasa disebabkan gangguan stress, tekanan perasaan dan juga banyak memikirkan permasalahan. Kadang-kadang kita sudah berada di katil, tetapi mata masih tidak terlelap. Lagi teruk sekiranya setelah hampir 1 jam atau dalam jangka masa yang lama, masih tidak dapat melelapkan mata.


 
 
 

Cara Mengatasi Masalah Insomnia:
  1.  Cuba elakkan dari minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi.
  2.  Cuba pasang lagu berentak slow yang boleh menyebabkan anda terlena.
  3.  Minum susu suam sebelum tidur.
  4.  Pastikan tidur dan bangun tepat pada masanya, jangan melewatkan tidur anda.
  5.  Jangan melakukan kegiatan fizikal berlebihan di malam hari.
  6.  Jika tidak dapat tidur setelah 30 minit berlalu, bangun dan cuba lakukan aktiviti yang tenang boleh menyebabkan anda mengantuk. Setelah itu, kembali tidur seperti biasa.
  7.  Pastikan suasana tempat tidur anda selesa.
  8.  Elakkan dari tidur di siang hari, jika terasa ingin tidur juga, maksimum 30 minit sudah mencukupi.
Jika boleh, jangan mengambil ubat tidur kerana ia boleh membawa kemudaratan pada jangka masa yang panjang.

  Penyakit Insomnia ini membawa implikasi kurang baik dalam kehidupan kita contohnya seperti lewat bangun, gagal menghadirkan diri pada satu-satu perjumpaan, ketinggalan kelas, selalu mengantuk di siang hari dan lain-lain lagi. Semoga kita dapat mengubah cara hidup kita dengan lebih sempurna.
melayukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...