Isnin, 26 Mac 2012

4 Tabiat Buruk Yang Akan Menjejaskan Kesihatan Kita

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tak cukup tidur,tak mendapatkan sarapan pagi, duduk terlalu lama, dan berada dalam keadaan yang sangat marah? Ketahuilah bagaimana faktor ini sebenarnya akan menjejaskan kesihatan kita......

Apa yang akan terjadi sekiranya kita hanya tidur kurang dari 5 jam sehari......


 
 
Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tu tak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia jugak akan mengganggu jadual pemakanan kita..... Kita mungkin akan makan terlalu banyak atau pun terlalu sikit. Hasil kajian jugak mendapati bahawa tidur yang tak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan kita senang sangat untuk menghidapi penyakit macam demam atau selesema. Seorang dewasa tu, dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tapi....,ingat kita jugak perlu mengelakkan terlebih tidur pasai ia akan turut memberikan kesan yang tak baik terhadap kesihatan kita......

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi .......


Apabila kita bangun saja daripada tidur, ini bermakna tubuh badan kita ni dah 12 jam tanpa makanan. Ia amat memerlukan pengisian semula untuk membekalkan tenaga..... Kalau kita tak mengambil sarapan, tekanan darah kita akan menjadi rendah dan ia akan mengganggu organ2 dalaman kita daripada berfungsi pada tahap yang sebenarnya.... Otak kita jugak akan terganggu pasai ia tak mendapat aliran darah yang mencukupi....Ini akan membuatkan pemikiran kita menjadi lembap. Hasil kajian jugak mendapati bahawa daya ingatan seseorang yang mengambik sarapan adalah lebih tinggi berbanding orang yang tak mengambiknya.

Apa akan terjadi sekiranya anda duduk terlalu lama.........

                                            

Apabila kita duduk terlalu lama, tubuh badan kita akan menukarkan lebihan gula dalam badan menjadi lemak. Ini akan membuatkan kita akan menjadi lebih gemuk..... Selain daripada itu, ia jugak akan mengakibatkan kerosakan kat saraf dan sel-sel darah dan secara tak langsungnya akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang.....

Apa akan terjadi sekiranya anda dalam keadaan yang marah........


Kalau kita selalu baran atau pun suka marah2 biasanya kita akan menghidap penyakit darah tinggi pada usia yang muda. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko kita menghadapi serangan jantung.... Puncanya seseorang tu menjadi pemarah biasanya adalah disebabkan oleh tekanan perasaan. Jadi cuba elakkan daripada duduk didalam situasi yang tertekan... Marah adalah merupakan sifat semulajadi manusia tetapi kita mesti bijak untuk mengawalnya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...