SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang
dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia
bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah
anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya, dia sukar untuk menerima
hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah
tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa
kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.
Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar
suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang
berkongsi hidup, Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari
segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya
berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun jika
tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga
yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa
pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.
Tidak menyediakan keperluan
Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan
keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di
luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada
antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia
bersikap curang di belakang anda.
Sukar beri layanan seks
Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana
sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks.
Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya.
Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan
buat pasangan.
Melakukannya seperti orang suruhan
Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati
ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah
mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak
suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah
dia sebagai suami dan ketua keluarga.
Amalkan gaya hidup sosial
Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial
dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup
sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana
isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi
pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.
Berpenampilan tidak menarik
Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak
berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah
dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa
kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik
dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga
melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak
berhubungan intim.
Tanda-tanda suami curang
Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi
panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda
lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda.
Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci
melihat anda.
Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang
paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan
hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya
adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.
Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada
panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi
dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk
bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.
Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah
penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh
kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda
menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu
asmara.
akakdisebalikpintu
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan