Selasa, 24 April 2012

Kisah Benar Goreng Pisang Guna Tangan


Menggoreng pisang gunakan tangan dalam minyak yang sedang menggelegak, tentu agak luar biasa dan jarang dilakukan oleh sesiapa. Inilah satu kelebihan yang ada pada seorang peniaga goreng pisang bernama Hartini atau Ta Nou berumur 53 tahun dari Sulawesi Indonesia. Beliau tidak berasa panas atau melecur apabila merendamkan tangan ke dalam kuali berisi minyak masak panas.

 






Sejak 10 tahun lalu, katanya dia hanya menggunakan tangan kanan sebagai senduk untuk merendam dan membalikkan pisang yang digoreng itu. Semuanya adalah kerana Allah. Kebolehan yang luar biasa ini diperolehi pada satu malam 10 tahun yang lalu, ketika menggoreng pisang dia mendengar satu bisikan ditelinganya. Bisikan itu menyuruhnya membalikkan goring pisang yang sedang dimasak dengan tangan. Pada mulanya tidak berani akan tetapi bisikan itu berkali-kali menyuruhnya menggunakan tangan kanan dan tangannya tidak akan terasa panas dan melecur.

Akhirnya dia memberanikan diri dengan permulaan awalnya memasuki jari telunjuk untuk memastikan tidak terasa panas dan melecur. Apa yang terkejut ianya benar tidak terasa panas dan melecur. Bermulanya dari hari itu ia terus menggunakan tangan kanannya sebagai senduk ketika menggoreng pisang. Sejak peristiwa itu perniagaannya semakin laris dan ada juga mendapat undangan untuk pertunjukkan menggoreng pisang guna tangan keluar negara. Dia rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana mendapat anugerah itu yang dia sendiri tidak pernah terfikir. SubhanAllah
.





mysyah-holiday

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...