Ahad, 22 April 2012

Anak Pengarah Oliver Stone, Sean Stone Memeluk Islam..

Tidak beberapa lama dahulu, umat Islam dikejutkan dengan kisah seorang pelakon Hollywood terkenal, Liam Neeson yang berminat dengan ajaran Islam setelah melakukan penggambaran di Turki. Kini, umat Islam mungkin juga terkejut apabila anak kepada pengarah terkenal Hollywood, Oliver Stone iaitu Sean Stone, 27 telah pun memeluk Islam sekurang-kurang awal Februari 2012 yang lalu.

Menurut Sean Stone, beliau yang juga terlibat dengan aktif sebagai pengarah memeluk Islam setelah melawat negara Iran pada awal Februari. Beliau mengucap dua kalimah syahadah di kota Isfahan iaitu bandar yang beliau terlibat dengan penggambaran dokumentari. Sean Stone menukarkan namanya kepada nama Islam,  Sean Christopher Ali Stone.





Menurut beliau, berikutan tersebarnya berita beliau telah memeluk Islam, beliau awal-awal menerima tamparan berupa sentimen anti-semitik. Namun, beliau ternyata redha dengan ketentuan itu dan menyerah kepada Allah swt.

Beliau yang ditemuramah oleh Page Six, memberitahu;
“I’ve already experienced the reverse of anti-Semitism, having people within the film industry express a reluctance to work with me now that I have said a simple prayer, ‘There is no God but God, and Mohammed is his messenger.’ I am sure I have [bleeped] off some powerful people.”
Temuramah yang berlangsung semasa makan malam di Barrio 47, Sean menambah,
“Having read the Koran and having been around the Islamic culture, especially in Iran, I do believe that Mohammed is a prophet of the same god worshipped by other religions.”
“I am of a Jewish bloodline, a baptized Christian who accepts Christ’s teachings, the Jewish Old Testament and the Holy Koran. I believe there is one God, whether called Allah or Jehovah or whatever you wish to name him. He creates all peoples and religions. I consider myself a Jewish Christian Muslim.
Sean turut menyelar sesetengah pihak yang mengatakan Islam adalah agama keganasan dalam temuramah tersebut,
“What I am trying to do is open up a dialogue about religion. There is such Islamophobia in the West. Islam is not a religion of violence any more than Judaism or Christianity is.
Oliver Stone iaitu bapa kepada Sean menerima berita keislaman beliau dengan baik malah mengucapkan selamat datang.
My dad said, ‘Allah be with you.’ My father understands that I am trying to bridge certain gaps and bring about peace.”
Sean Stone terkenal sebagai pengarah namun beliau juga aktif sebagai pelakon. Lakonan terbarunya adalah sebagai Josh Malek dalam filem Don’t Pass Me By.
takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...