Isnin, 30 April 2012

5 Tips Meredakan Kesedihan




Assalamualaikum.
Ada beberapa perkara yang sedang mengganggu fikiran saya sekarang. Perasaan sedih itu sedang berkeliaran tanpa sebarang kawalan… So, di sini mari kita baca 5 TIPS MEREDAKAN KESEDIHAN… Semoga bermanfaat untuk semua pembaca 




Pertama
Daripada Anas bin Malik, apabila nabi ditimba sesuatu bencana atau malapetakan maka baginda membaca “Yaahayyuyaaqayyuum Birahmatika Astaghist” maksudnya “Wahai Allah yang maha hidup lagi maha berdiri dengan rahmat Mu memohon pertolongan”.
 
Kedua
Menangislah sepuas-puasnya dan lepaskan kesedihan. Sebab itu di dalam Islam jika ada masalah kita disuruh  berkongsi dengan orang yang boleh dipercayai. Luahkan apa yang terbuku di hati dengan tangisan kerana ia mampu meringankan beban. Sebab itulah orang perempuan lebih panjang umurnya dan jarang sakit jantung kerana air matanya. Dari air mata itu dilepaskan tekanan.
 
Ketiga
Nabi juga ucapkan “Lailahaillallah” untuk meredakan kesedihan.
 
Keempat
Solat hajat agar Allah redakan kesedihan.

Kelima
Selalu Nabi nasihatkan kepada orang yang sedang bersedih “bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah”.
Salam Sayang!
simanis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...