Berdoa adalah salah satu daripada usaha kita untuk mencapai sesuatu yang diingini :)
BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke
langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya
berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima
permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku
akan mengampuninya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang
berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat
doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling
dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka
perbanyakkanlah doa ketika itu.”
Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika
kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah
kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar
keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan
syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau
berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan
mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa
Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan
hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa
seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan
dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan
mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada
suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan
sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan
dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Dan Yang Pasti Jangan Berhenti Berdoa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan