Selama ini kita mengenali dua bentuk rawatan. Rawatan sebelum dijangkiti penyakit / pencegahan (At-thib Al-wiqo`i), dan rawatan selepas dijangkiti penyakit (at-thib al-`ilaji).
Dengan
mencontohi pola makan Rasulullah S.a.w, kita sebenarnya sedang
menjalani terapi pencegahan penyakit dengan makanan. (Attadawi bil
ghidza`). Ini tentu jauh lebih baik daripada kita harus "berhubungan"
dengan ubat-ubat kimia.
Dalam
setiap aktiviti dan pola hidupnya, Rasulullah S.a.w memang sudah
disiapkan untuk menjadi contoh teladan bagi semua manusia, termasuk
dalam hal pola makan. Ini bukan perkara remeh. Sebab salah satu faktor
penting penunjang fizikal utama Rasulullah adalah kecerdasan beliau
dalam memilih menu makanan dan mengatur pola konsumsinya.
Perkara pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah S.a.w adalah udara
segar di subuh hari. Sudah umum di ketahui bahawa udara pagi kaya
dengan oksigen dan belum dikotori oleh bahan-bahan lain. Ini ternyata
sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya
selama sehari penuh. Maka tidak usah hairan ketika kita tidak bangun di
subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti.
Selanjutnya Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut
dan gigi.
Lepas dari subuh, Rasulullah S.a.w membuka menu sarapannya dengan
segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Khasiatnya luar
biasa. Dalam Al qur`an, kata "syifa" / kesembuhan, yang dihasilkan oleh
madu, diungkapkan dengan isim nakiroh, yang bererti nama am, atau
menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan
perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan
keradangan. Dalam istilah orang arab, madu dikenali dengan "al-hafidz
al-amin", kerana boleh menyembuhkan luka bakar.
Masuk waktu dhuha, Rasulullah S.a.w selalu makan tujuh butir kurma ajwa`
/ matang. Sa’ad r.a mendengar Rasulullah bersabda, "Barang siapa
memakan tujuh butir kurma ajwah di pagi hari, maka racun dan sihir tidak
akan membahayakannya pada hari itu." (Hadits riwayat Bukhari). Dan ini
terbukti apabila seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan
Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di Perang Khaibar, racun
yang ditelan oleh baginda kemudian boleh dineutralkan oleh bahan-bahan
yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al-Bara ', salah seorang
sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi
Rasulullah selamat. Apa rahsianya? Tujuh butir kurma!
Dalam sebuah kajian di Mesir, penyakit kanser ternyata tidak tersebar ke
kawasan-kawasan yang penduduknya banyak mengambil kurma. Kebelakangan
ini terbukti bahawa kurma mempunyai zat-zat yang boleh mematikan sel-sel
kanser. Maka tidak perlu hairan jikalau Allah menyuruh Maryam r.a,
untuk makan kurma disaat kehamilannya. Sebab memang itu bagus untuk
kesihatan janin.
Rasulullah S.a.w selalu berbuka puasa dengan segelas susu dan kurma,
kemudian solat maghrib. Kedua-dua jenis makanan itu kaya dengan glukosa,
sehingga langsung menggantikan zat-zat gula yang kering setelah
seharian berpuasa. Glukosa itu sudah cukup mengenyangkan, sehingga
setelah solat maghrib, tidak akan berlebihan apabila bermaksud untuk
makan lagi.
Menjelang petang hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan
minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitunnya sahaja,
tetapi di pengambilan dengan makanan pokok, seperti roti misalnya.
Manfaatnya banyak sekali, antaranya mencegah lemah tulang dan
kenyanyukan di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol
dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk mencegah kanser dan
menjaga suhu tubuh di musim sejuk.
Ada kisah menarik berkaitan dengan buah tin dan zaitun, yang Allah
bersumpah dengan kedua-duanya. Dalam alquran, kata "at-thin" hanya ada
satu kali, sedangkan kata "az-zaytun" di ulang sampai tujuh kali.
Seorang ahli kemudian melakukan kajian, yang kesimpulannya, jika
bahan-bahan yang terkandung dalam tin dan zaitun berkumpul dalam tubuh
manusia dengan perbandingan 1:7, maka akan menghasilkan "ahsani taqwim",
atau tubuh yang sempurna, seperti yang dinyatakan dalam Surah at-thin.
Subhanallah!
Syeikh Ahmad Yasin adalah salah seorang yang secara rutin mengambil
jenis makanan ini, sehingga wajarlah beliau tetap sihat, kuat dan begitu
menggerunkan para Yahudi, walaupun lumpuh sejak kecil. Kalau saja
beliau tidak lumpuh, barangkali sudah habis para Yahudi Israel itu.
Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa
riwayat mengatakan, baginda selalu mengambil sana al makki dan sanut.
Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Musthofa, kedua-duanya
serupa dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga? Dr. Musthofa
kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran mempunyai kandungan zat
dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan
melindunginya daripada serangan penyakit. Jadi, asalkan namanya
sayur-sayuran, sepanjang ianya halal, Insya Allah berkhasiat tinggi.
Maka, para penggemar kangkung dan bayam tidak usah panik. Para peniaga
tauge juga tidak perlu pindah haluan.
Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai
Rasulullah tetapi beliau tidak rutin mengambilnya. Diantaranya tsarid,
iaitu campuran antara roti dan daging dengan kuah air masak. Kemudian
beliau juga senang makan buah Yaqthin atau labu manis, yang terbukti
boleh mencegah penyakit gula. Kemudian beliau juga senang makan anggur
dan hilbah.
Sekarang masuk pada tata cara mengambilnya. Ini tidak kurang pentingnya
dengan pemilihan menu. Sebab setinggi apa pun gizinya, kalau pola
konsumsinya tidak teratur, akan buruk juga akibatnya. Yang paling
penting adalah mengelakkan isrof, atau berlebihan. Kata Rasulullah,
"cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan,
maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk air minumnya dan
sepertiga lagi untuk nafasnya" (al hadis). Ketika seseorang terlalu
banyak makanannya, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya tidak
bagus, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi
tidak berfungsi dengan baik. Imbasnya, keadaan fizikal menjadi tidak
prima, dan aktiviti pun tidak akan maksima.
Dr. Musthofa menekankan bahawa as-syab`u, yang bererti kenyang itu bukan
al-imtila`, atau memenuhi. Tetapi kenyang adalah mencukupinya tubuh
dengan bahan-bahan yang diperlukan, sesuai dengan perkadaran dan
ukurannya. Jadi ini penting, jangan kekenyangan!
Rasulullah juga melarang untuk idkhol at-thoam ala at-thoam, atau makan
lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa selepas wafatnya Rasulullah,
para sahabat melawat Aisyah r.a. Waktu itu daulah islamiyah sudah
sedemikian luas dan makmur. Lalu, sambil menunggu Aisyah r.a, para
sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, saling bercerita tentang
menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam-macam. Aisyah r.a, yang
mendengar hal itu tiba-tiba menangis. "Apa yang membuatmu menangis,
wahai bonda?" Tanya para sahabat. Aisyah r.a lalu menjawab, "dahulu
Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan.
Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan
ketika sudah kenyang dengan kurma, baginda tidak akan makan roti ".
Dan penelitian membuktikan bahawa berkumpulnya berjenis-jenis makanan
dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit. Maka sebaiknya
jangan mudah tergoda untuk makan lagi, kalau sudah yakin bahawa anda
sudah kenyang.
Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan
yang sejuk secara serentak. Beliau juga tidak makan ikan dan daging
dalam satu-satu masa dan juga tidak terus tidur selepas makan malam,
kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga meminimumkan dalam mengambil
daging, sebab terlalu banyak daging akan mengakibatkan buruk pada sendi
dan buah pinggang. Mesej Umar r.a "Jangan kau jadikan perutmu sebagai
kuburan bagi haiwan-haiwan ternakan!". Ayam, kambing, lembu, kerbau
semuanya masuk.
Masih banyak pola hidup sihat ala Rasulullah S.a.w yang boleh kita
pelajari. Kali ini, Dr. Musthofa memang khusus membincangkan menu makan
dan cara mengambilnya. Dari sini kita boleh tahu bahawa ternyata
Rasulullah sangat memerhatikan masalah gizi dan menu makanan. Dan di
tengah kaburnya semangat untuk mengikuti sunnah Rasul, ini boleh menjadi
semangat untuk memulakan menghidupkannya kembali. Apalagi menu-menu
tersebut terbukti boleh dipertanggungjawabkan secara kesihatan
INFOSERIUS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan