Pada
awalnya, manusia meyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel
ibu. Ada pula yang percaya bahawa jantina ini ditentukan secara bersama
oleh sel-sel lelaki dan perempuan.
Jauh
sebelum ilmu pengetahuan mengetahui tentang rahsia jantina bayi, pada
abad ke-7 M, Al-Quran telah memberi tahu bahawa jenis kelamin laki-laki
atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan".
Mari
semak surah An-Najm [53] ayat 45-46: "Dialah yang menciptakan
berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air mani, apabila
dipancarkan."
Menurut
Harun Yahya, kromosom Y membawa sifat-sifat kelelakian, sedangkan
kromosom X berisi sifat-sifat kewanitaan. Di dalam sel telur ibu hanya
dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat kewanitaan.
Di
dalam air mani ayah, terdapat sperma-sperma yang mengandungi kromosom X
atau kromosom Y saja. Jadi, jenis kelamin bayi bergantung pada jenis
kromosom kelamin pada sperma yang membuahi sel telur, apakah X atau Y.
Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut, penentu
jantina bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah. Pengetahuan
tentang hal ini, yang tak mungkin dapat diketahui di masa Al-Quran
diturunkan, adalah bukti akan kenyataan bahawa Al-Quran adalah kalam
Allah.
''
Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang berkembang seperti genetik dan
biologi molekul secara saintifik telah mengesahkan ketepatan maklumat
yang diberikan Al-Quran ini,'' ujar Harun Yahya.
Menurut
dia, kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari
lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jenis
kelamin ini.
Kromosom
adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom
yang menentukan bentuk seorang manusia diketahui sebagai kromosom
kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada lelaki, dan "XX" pada
wanita.
Menurut
dia, penamaan ini adalah berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang
menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang
mengkod sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen
yang mengkod sifat-sifat kewanitaan.
Pembentukan
seorang manusia bermula dari penggabungan silang salah satu dari
kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan.
Pada wanita, kedua-dua bahagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua
selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom X.
Sebaliknya,
sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeza,
satu berisi kromosom X, dan yang lainnya mengandungi kromosom Y. Jika
satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma
yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin
lelaki.
''
Dengan kata lain, jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom
dari lelaki yang bergabung dengan sel telur wanita,'' papar Harun Yahya.
Tak
satu pun maklumat ini dapat diketahui dalam ilmu genetik pada abad
ke-20. Bahkan di banyak masyarakat, diyakini bahawa jantina bayi
ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum wanita dipersalahkan
ketika mereka melahirkan bayi perempuan.
Namun,
tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, Al-Quran telah
mendedahkan maklumat yang menghapuskan keyakinan khurafat ini, dan
menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, akan tetapi air
mani dari lelaki.
republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan