Khamis, 3 Mei 2012

Fenomena Supermoon pada 5 Mei 2012..

Fenomena Supermoon adalah fenomena di mana bulan berada terlalu hampir dengan bumi di orbitnya. Oleh yang demikian, bulan akan dapat dilihat dengan lebih besar dan terang daripada yang lazim kita lihat. Pada 5 Mei ini, bulan akan dapat dilihat 14% lebih besar dan 30% lebih terang daripada kebiasaan.

Menurut kajian saintis, fenomena Supermoon boleh menyebabkan kenaikan paras air laut seterusnya mempengaruhi pasang surut air laut. Walaubagaimanapun,  National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) meramalkan tiada bencana besar akan berlaku susulan fenomena Supermoon pada tahun ini. Menurut NOAA, kekuatan Supermoon berbeza setiap tahun.




Seperti yang umum mengetahui kekuatan kuasa ‘Supermoon’, fenomena ini sering bersangkutan dengan beberapa bencana alam mega seperti gempa bumi, banjir besar, ombak gadang dan sebagainya.

 

 Kepada yang keluar ‘outing’ ke laut di hujung minggu ini, berwaspadalah dengan pasang surut air laut yang mendadak. Kemungkinan besar ia boleh menyebabkan bencana yang tidak diduga.
takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...