Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT menjamin rezeki
makhluknya. “Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi,
melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).
Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan
kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat
rezeki yang boleh dicari. Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki
daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam
memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa
berusaha mendapatkannya.
Keberkatan rezeki adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang menjaga perkara haram dan syubahat.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Makanan untuk seorang mencukupi
untuk dua orang, makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan
makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang." (Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu berasa cukup dan tenang walau pun bukan hidup dalam kemewahan.
Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh
sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain
seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih
lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia
merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.
Islam menekankan setiap muslim supaya bekerja keras mencari rezeki
dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat.
Elakkan daripada meminta secara hina. Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari
yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta
kepada Rasulullah SAW.
Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah SAW, baginda akan
memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, baginda
bersabda maksudnya : “Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini
memang indah
dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang
lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan
dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang
mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan
dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah
ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya. Tangan yang
di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang
menerima pemberian berkenaan.”
Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah SAW
berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak
lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam
kekurangan.
Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah
kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk
meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang
tidak mencukupi.
Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat satu kisah berlaku dizaman Imam Ahmad bin Hanbal (Imam Hanbali)
bagaimana seorang wanita solehah (ibu tunggal) cukup menjaga keberkatan
rezeki yang diperolehi.
Selepas
solat Asar, Imam Hanbali menasihati orang ramai di dalam masjid. Ketika itu
perbualannya terhenti seketika apabila seorang perempuan muda masuk ke
dalam masjid menemui Imam Hanbali.
“Wahai Imam Hanbali, dengarkanlah kisah
ku ini semoga diriku dan dirimu mendapat keampunan dari Allah.
Sesungguhnya saya ini perempuan yang miskin. Saya tidak punya apa-apa
kecuali tiga orang anak yang masih kecil.
Hidup saya sungguh melarat, hinggakan
kami tidak punya lampu untuk menerangi rumah. Bagi menyara kehidupan
kami empat beranak, saya berkerja memintal benang pada waktu malam dan
menjualnya di pasar pada siang hari.”
“Dimanakah suami kamu?’ soal Imam Hanbali.
“Dia antara mereka yang menentang
Khalifah al-Muktasim yang zalim itu. Dia gugur syahid dalam satu
pertempuran dengan pasukan tentera yang hendak menangkap mereka. Sejak
itu kami hidup melarat.” jawab wanita itu.
“Teruskan cerita kamu.” pinta Imam Hanbali.
“Disebabkan rumah saya tidak ada lampu,
maka saya terpaksa menunggu sehingga bulan mengambang barulah saya
dapat memintal benang.” kata wanita itu.
“Pada suatu malam, ada kafilah dagang
dari Syam datang lalu singgah bermalam berhampiran dengan rumahku.
Mereka membawa lampu yang banyak sehingga menerangi rumahku. Kesempatan
ini digunakan untuk aku memintal benang dengan bantuan cahaya lampu
mereka.”
“Persoalannya, apakah hasil jualan
benang yang dipintal itu daripada lampu mereka itu halal untuk
digunakan?” soal wanita itu setelah menceritakan dengan panjang lebar
permasalahannya.
“Siapakah kamu wahai wanita muda yang
begitu mengambil berat tentang hukum agama di saat manusia begitu kikir
dengan hartanya?’ soal Imam Hanbali dengan penuh kekaguman.
“Saya adalah adik kepada Basyar Al Hafis yang telah meninggal dunia.” jawab wanita itu.
Mendengar jawapan itu, Imam Hanbali
berasa sebak dan tersedu-sedu menahan esak. Ini kerana dia teringat
dengan Basyar, seorang gabenor yang beriman dan beramal soleh.
“Sesungguhnya, saya takut dengan azab
Allah. Maka berikanlah masa kepada saya untuk menjawab persoalan itu.
Baliklah ke rumah dahulu, kemudian datang keesokan harinya.” kata Imam
Hanbali.
Keesokan harinya, datang wanita muda itu untuk mendengar jawapan dari Imam Hanbali.
“Wahai wanita solehah, sesungguhnya
kain penutup muka yang kamu pakai itu adalah lebih baik dari serban
yang aku pakai. Sesungguhnya kamu seorang wanita yang mulia, bertakwa
dan penuh takut kepada Allah.”
“Wahai tuan, bagaimana dengan pertanyaan saya semalam?” tanya wanita muda itu.
“Berkenaan dengan itu, sekiranya kamu
belum mendapat keizinan daripada rombongan tersebut, maka tidak halal
kamu menggunakan wang dari hasil jualan benang yang dibuat menggunakan
lampu mereka.” jawab Imam Hanbali.
Wanita itu berasa susah hati
mendengarnya. Dia susah hati kerana belum mendapat keizinan dari
rombongan tersebut. Beliau sanggup menemui seorang demi seorang
rombongan tersebut untuk meminta izin.
Berita tentang wanita solehah itu
sampai ke pengetahuan Khalifah al-Mutawakkil. Khalifah begitu kagum
dengan wanita tersebut dan menghadiahkan wang sebanyak 10 ribu dinar.
Perempuan itu bertanya kepada Imam Hanbali, adakah wang itu halal digunakan atau tidak.
“Khalifah juga pernah memberikan saya
wang sebanyak itu, tapi saya sedekahkan kepada fakir miskin yang saya
temui di tengah jalan.” jawab Imam Hanbali.
Maka, wanita solehah itu telah memberi
sedekah kepada fakir miskin. Dia hanya mengambil sedikit sahaja wang
itu untuk dibelinya lampu bagi menerangi rumahnya.
Sahabat yang dimuliakan,
Bagaimana Allah SWT telah membantu hamba-Nya yang jujur dan ikhlas dan
sentiasa berhati-hati di dalam mencari harta yang halal dan diberkati
oleh Allah SWT. Berhati-hati supaya tidak ada harta haram yang akan
dimakan sehingga menjadi darah daging kepada diri sendiri dan ahli
keluarga.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Setiap daging yang tumbuh dari bahan
makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya."
abubasyer.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan