Rabu, 30 Julai 2014

Penggusti The Undertaker Peluk Islam

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Mark William Calaway yang lebih dikenali dalam dunia gusti World Wrestling Federation (WWF, sekarang WWE) sebagai The Undertaker mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Muhammed Ismaeel Taker (sebagai penghormatan pada tempat dia memeluk Islam iaitu Seberang Taker, Kuala Terengganu) atau orang Ganu panggil Pok Wel atau Ustak Wel Undertaker. Alhamdulillah. Dia juga pernah dicalonkan Oscar untuk filem Suburban Commando dan Cinta Si Penggali Kubur.
 
 
 
 

Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran bergusti dari WWE setelah kemunculan banyak bakat-bakat baru yang hebat di arena gusti yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti penggusti yang uzur sepertinya. The Undertaker berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi penggusti dahulu di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Nisfu Syaaban yang lalu. Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta kain sarung Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki The Undertaker. Pakai Atlas juga ya? Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.

*Sumber dari ohbloglagi.blogspot.com menrusi detik islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...