Khamis, 24 Julai 2014

Israel Marah Kerana Al Qassam Membunuh Kolonel Gassan Ulayan


Seorang komander Israel daripada Bridged Golan, Kolonel Gassan Ulayan terbunuh dalam pertempuran dengan pergerakan Hamas di Gaza.Portal Piyungan Online melaporkan, Gassan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius dalam pertempuran tersebut.

Briged Izzuddin al-Qassam yang merupakan sayap tentera pergerakan Hamas melaporkan, mereka berjaya membunuh seorang komander rejim Zionis Israel berpangkat Kolonel serta sejumlah tentera Israel dalam serangan hendap di timur Gaza.
 
 


Namun begitu, bila dan di mana kejadian itu berlaku tidak dinyatakan.Sebelum mengetuai unit Briged Golan, Gassan, 41,
merupakan ketua tentera di wilayah Jenin.Kelmarin, al-Qassam mengumumkan berjaya menghancurkan beberapa buah kenderaan tentera Israel selain menawan seorang askarnya.

Dalam perkembangan sama, dua orang tentera Israel terbunuh dalam pertempuran terbaharu di Genting Gaza, menjadikan angka korban tentera Israel sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza ialah sebanyak 27 orang.

"Kelmarin dan semalam, seorang askar daripada Pasukan Pertahanan Israel terbunuh ketika melakukan serangan darat (di Gaza)," menurut kenyataan tentera, sambil menambah kata, tiga lagi askar Israel mengalami kecederaan serius dalam operasi tersebut.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, seramai 16 orang penduduk Palestin terkorban dalam serangan tentera Israel di beberapa buah kawasan hari ini.

Sejak Israel melancarkan serangan ke atas Gaza lebih 100,000 orang penduduk Gaza melarikan diri dan mereka kini mendapatkan perlindungan di bawah Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di 69 buah sekolah.
 allberitaa.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...