Jumaat, 11 Julai 2014

Resepi - Ayam Sosha Istimewa

Dah lama teringin nak cuba resepi Ayam Sosha Istimewa ni... lebih2 lagi bila ramai yang memuji kesedapannya..


Ok jom tengok resepi ayam yang sedap ni!  Seakan2 ayam masak merah rasanya.. tapi dari segi bahan2 ada sedikit kelainan... apa yang lain tu? Silalah tengok sendiri ye.. hehe.. Terima kasih pada empunya asal resepi Hajah Asmah Laili yang dikongsi oleh Kak Ayu.  Resepi ni ku ambil dari Yanashaiful tempohari.. thanks ye Yana.. thanks juga pada Kak Wattie... mintak izin pada semua utk share resepi kat Dapur MaDiHaA pula ye...



AYAM SOSHA ISTIMEWA
Resepi : Hjh, Fatimah Hj Ahmad@Asmah Laili
Sumber : Kak Ayu@curlybabesatisfaction
Sumber cuci mata : Kak Wattie @ Wattie's homeMade &
Yanashaiful
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ayam ~ buang kulit dan segala lemak dan potong 12
( lumur kepingan ayam dgn sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak )
5 cm kulit kayu manis
5 biji pelaga ( Ayu gunakan 4 biji aje )
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan cili kisar
BAHAN KISAR HALUS
2.5cm halia
5 biji bawang putih
10 biji bawang merah
BAHAN-BAHAN LAIN
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 tin tomato puree (MaDiHaA guna setengah tin tomato puri saiz tin susu cair tu)
1/2 cawan hirisan daun pudina
1/2 cawan hirisan daun ketumbar (takde stok pulak kat kedai jadi tukar dengan daun sup)
Sedikit madu atau gula pasir (MaDiHaA guna agak byk juga ni.. sebab nak seimbangkan rasa takmo masam sgt)
2 biji tomato ~ belah 4
1/2 kilo bawang kecil dijadikan bawang goreng
1/2 cawan kismis ~ digoreng dan ketepikan
1/2 cawan gajus ~ digoreng dan ketepikan
1 biji tomato ~ dihiris utk hiasan
Sedikit kacang peas utk tabur
Sedikit minyak utk menumis
garam + perasa secukupnya
CARA NAK BUAT :-
  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing. Kemudian barulah masukkan serbuk kunyit. Kacau rata.
  3. Masukkann pula tomato puree. Balik-balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan daun ketumbar,tinggalkan 1/4 utk hiasan.
  4. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
  5. Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng. Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
  6. Semasa menghidang taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.
*Enak disajikan dgn nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari
Selamat mencuba! 
 http://mamawandiha.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...