Jumaat, 18 Julai 2014

Israel mulakan serangan darat ke atas Gaza

Israel mulakan serangan darat ke atas Gaza
Gaza diserang masuk hari ke-10 pada Jumaat. -gambar fail
BAITULMUQADDIS: Tentera Israel (IDF) hari ini mengesahkan pelancaran serangan darat ke atas Gaza pada hari ke-10 Operasi Perlindungan Sempadan yang dilakukan berhampiran Semenanjung Gaza.

"Ekoran serangan selama 10 hari oleh Hamas melalui darat, laut dan udara dan selepas beberapa kali menolak tawaran untuk mengawal keadaan, Tentera Israel telah memulakan operasi serangan darat di Semenanjung Gaza," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tujuan operasi terbabit dilakukan ialah untuk melindungi nyawa penduduk Israel dan menghancurkan Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza.

"Objektif tentera Israel seperti yang ditegaskan oleh kerajaan Israel ialah untuk menyatakan bahawa penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa perlu takut sambil dalam masa yang sama untuk memberikan kemusnahan kepada Hamas," ujar kenyataan.

Israel melancarkan Operasi Perlindungan Sempadan bermula pada 8 Julai lalu untuk menghalang serangan roket dari Gaza dan tentera berkata, operasi terbaru ini akan meliputi serangan udara dan darat.

"Operasi pada tahap ini yang diketuai oleh Komander Selatan tentera Israel, yang akan meliputi koordinasi antara unit-unit termasuk infantri, pasukan bersenjata, pasukan jurutera, artileri dan pasukan risikan beserta bantuan udara dan laut.

"Usaha ini turut disokong oleh Agensi Risikan Israel (ISA) dan beberapa badan risikan lain," tambah kenyataan itu.

"Ketika Hamas menggunakan korban orang awam sebagai taktik untuk mencapai objektifnya, IDF akan terus mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam mengehadkan kematian orang awam," katanya.

Sekurang-kurangnya 240 rakyat Palestin telah terkorban sejak Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu, kebanyakannya kanak-kanak menurut pasukan perubatan di Gaza, di mana sebuah badan bebas mengesahkan 80 peratus daripada jumlah itu merupakan orang awam. 
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...