Rabu, 9 Julai 2014

Wah...Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat







Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat
 
Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat. Manchester United buat pertama kalinya memperkenalkan jersi baharu pasukan itu bagi musim 2014/2015. Jersi rekaan baharu itu turut memaparkan logo Chevrolet sebagai penaja. Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu merupakan nama besar baharu yang menghiasi jersi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut selepas Sharp, Vodafone, AIG dan Aon.




Ia boleh didapati untuk pra tempahan di United Direct dan Nike.com sebelum memasuki pasaran seluruh negara pada 16 Julai ini. Jersi tersebut akan digunakan Red Devils ketika bertemu LA Galaxy pada siri Jelajah 2014. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah. Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat.

Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat

Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat
JERSI BARU MANCHESTER UNITED NAMPAK HEBAT

Jersi baru ini juga memperlihatkan rekabentuk baru jalur warna hitam dan putih iaitu warna rasmi bendera kelab pada pada bahagian kolar dan lengan. Walaupun rekabentuk kolar adalah bulat tetapi terdapat sebutir butang di tengah-tengah bawah kolar untuk menutupnya kemas. Di belakang kolar, tertera logo ‘black devil’ United iaitu logo ikonik kelab tersebut sempena mengambil nama samarannya The Red Devil’s. Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat.

 Diharapkan dengan jersi baru yang nampak begitu hebat ini, pasukan Manchester United akan berjaya membuang segala badi pada musim yang lepas. Semoga persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris akan menjadi lebih sengit. Dengan kehadiran pengurus yang berkaliber seperti Louis van Gaal diharapkan Manchester United akan kembali melonjak seperti tahun-tahun cemerlang sebelum ini.

Sudah pasti peminat dan penyokong pasukan Manchester United sudah tidak sabar untuk melihat pemain-pemain mereka beraksi dalam musim baru 2014/2015 nanti. Pasti ramai juga yang tidak melepaskan peluang untuk memiliki jersi terbaru Manchester United ini. Jersi Baru Manchester United Nampak Hebat.
 http://www.cikguazli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...