Sabtu, 26 Julai 2014

Al-Qassam Digeruni Israel, Terus Beri Kejutan Di Gaza

GAZA ISRAEL BERITA TERKINI

Strategi al-Qassam yang menggunakan terowong, periuk api, jerangkap samar dan penembak curi hasil latihan perang bandar selama bertahun-tahun dengan kepintaran taktikal baru, gagal dihidu tentera Israel.

GAZA: Tentera Israel mengakui sayap pergerakan Hamas, Briged al-Qassam sebagai musuh amat menggerunkan apabila kumpulan itu mencatat sejarah membunuh ramai askar rejim Zionis di Semenanjung Gaza, lapor AFP.
 



hamas gaza
Israel juga gagal menghidu strategi al-Qassam yang menggunakan terowong, periuk api, jerangkap samar dan penembak curi hasil latihan perang bandar selama bertahun-tahun dengan kepintaran taktikal baru.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata peperangan ini menyaksikan kekuatan Hamas tidak boleh dipandang ringan.

“Hamas menjalani latihan pesat, mempunyai bekalan, bermotivasi dan berdisiplin. Kami bertemu musuh lebih menggerunkan di medan perang.

“Kami tidak terkejut kerana tahu mereka bersedia untuk peperangan ini. Mereka bukan mengorek terowong sejak dua, tiga tahun lalu,” katanya.

Empat hari selepas Israel melancarkan serangan darat ke atas kubu kuat Hamas di Shejaia berikutan kempen ketenteraan udara intensif, tentera masih belum dapat menguasai kawasan itu sepenuhnya.

Menggunakan rangkaian terowong rahsia untuk menembak curi tentera musuh dan meletupkan kenderaan walaupun di dalam wilayah Israel, Hamas berjaya membunuh 32 tentera Israel, hampir tiga kali ganda berbanding pertempuran darat besar-besaran pada konflik 2008-2009.

“Briged al-Qassam terus memberikan kejutan berulang, dan setiap hari pejuang ini muncul dari kawasan tentera yang tidak dapat dilihat oleh Israel.

“Mereka berjuang, bersemuka dengan musuh bagi membalas dendam darah rakan yang ditumpahkan Israel setiap hari,” kata Peter.

Dalam kejadian paling buruk bagi Israel setakat ini, Hamas berkata pejuangnya menyaksikan kereta perisai tentera Israel diumpan masuk ke dalam sarang jerangkap samar yang dibuat.

“Pejuang kami meletupkan periuk api dengan kekuatan yang memusnahkan kereta perisai itu.

“Mereka meluru ke kereta perisai itu, membuka pintu dan membunuh semua
 http://malaysianreview.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...