Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekeluarga dengannya.
Sayur
yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan
darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai
dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah
tinggi.
Berdasarkan
penelitian, di dalam buncis terkandung zat b-sitosterol dan
stigmasterol yang mampu meningkatkan produksi insulin. Insulin sendiri
adalah hormon yang dihasilkan secara alamiah oleh pankreas dan berfungsi
untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Apabila pankreas hanya mampu
menghasilkan sedikit insulin (atau tidak sama sekali) maka seseorang
akan terkena
penyakit diabetes mellitus. Dengan demikian, dengan mengkonsumsi
buncis, kita juga akan terhindar dari penyakit kencing manis tersebut.
Bagi
mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan ,
kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian
makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang
boleh membantu menurunkan berat badan.
Komposisi
dalam sayuran buncis antara lain: alkaloid, flavonoida, saponin,
triterpenoida, steroida, stigmasterin, trigonelin, arginin, asam amino,
asparagin, kholina, tanin, fasin (toksalbumin), zat pati, vitamin, dan
mineral.
cikgumawarmerah.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan