Ahad, 22 Jun 2014

WORLD CUP 2014: Bagaimana Pemain Beragama Islam Berpuasa?

Allahuakbar! Alhamdulillah! Masya-Allah! Memang tidak dinafikan lagi SANGAT ramai pemain yang beragama Islam bermain di World Cup 2014 yang sedang berlangsung di Brazil sekarang. Persoalan yang sangat MENARIK untuk di fikirkan ialah memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir, jadi bagaimana pula nanti mereka semua ini BERPUASA? Mungkinkah mereka semakin penat?
 
 
  
 
 
 
Untuk pengetahuan anda, disebabkan Brazil ialah negara yang LUAS, zon waktu mereka sangat berbeza hingga mencecah 1 jam lebih antara timur dan barat. Waktu Subuh disana ialah sekitar 4:15AM - 5:30AM manakala waktu Maghrib sekitar 5:15PM - 6:15PM bergantung kepada zon waktu. Untuk paparan yang jelas, sila lihat perbezaan waktu Brazil dan Malaysia seperti dibawah:
Katakan mereka bermain pukul 4:00PM, maka separuh masa pertama habis pukul 4:45PM. Rehat 15 minit, pukul 5:00PM mulalah separuh masa kedua dan habis pukul 5:50PM (termasuk waktu tambahan 5 minit). Azan Maghrib pukul 5:30PM, jadi mungkin lebih kurang waktu itu mereka boleh minum air je kot tepi padang. Yang PASTI, susahkan nak main bola bulan puasa ini? Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman. Jika bola menyebabkan anda tidak boleh menunaikan perintah Allah, maka jauhilah bola. Sesungguhnya bola itu dunia sahaja. Akhirat itu kekal dan pasti. Wallahualam.
 http://yellowcatch.blogspot.com/

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...