Assalamualaikum
Alhamdulilah
masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas
nikmatnya yang tak terhingga. Marilah berselawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad saw. Mesti pernah dengan "Dimana kemahuan di situ pasti
jalannya ".Itulah ungkapan yang sering di gunakan untuk menghampus
segala alasan yang ingin di berikan.
Jika kita di
suruh berucap di hadapan 200 orang bagaimana reaksi kita ?
berketar-ketar ? tak keruan dan hilang kata-kata. Tetapi itu sebenarnya
kita boleh lakukan tapi sayangnya kita telah setkan di minda kita bahawa
kita tak boleh lakukan, malu ,segan dan sebagainya.
Sebenarnya acik
ingin kongsikan sesuatu kepada semua, betapa kagumnya acik dengan
seorang kanak-kanak ini. Namanya ialah Zhang Junhao,dia baru berusia 3
tahun dari Shandong Province. Walaupun masih kecil tetapi semangat dan
usahanya lebih besar dari umurnya.
Di usia ini
dengan yakin dan semangat membuat persembahan yang begitu comel dan
menghiburkan ramai orang. Suka acik melihat keletehnya dan tarian
mengikut bit lagu-lagu yang di mainkan dan tariannya begitu melucukan.
Paling acik tertawan adalah apabila dia membuat aksi robot, memang comel
,siap dengan gaya robot yang memukau.
Di tanya oleh juri : Adakah kamu takut ?
Jawabnya dengan yakin : tidak !
Ditanya lagi : Jika kamu tidak kisah, kenapa kamu suka menari ?
Dia menjawab : Kerana saya suka menari, bila saya menari ibu saya ketawa, ibu kata dengan saya ketawa itu adalah kebahgiaan
Impiannya
adalah untuk buat orang gembira kerana saya gembira.Betapa berani anak
ini, semoga membesar menjadi anak yang baik dan bantu keluarga. Jadi
kita yang besar dan sudah matang ini, jika ingin buat sesuatu itu kena
yakin dan percaya pada diri. Tetapi haruslah perkara yang baik ,jangalah
pula pekara yang negatif. Allah telah merancangan sebaiknya untuk kita,
tinggalkan kita memilih jalan yang mana yang kita mahukan.
Untuk lihat kelucuan anak comel ini boleh saksikan di video di bawah ini.
http://www.akupenghibur.com
Apabila anak 'diwarnakan' sebaiknya, maka akan bersinarlah cahayanya..:)
BalasPadam