Sebuah kajian terbaru
membuktikan semakin seseorang menghafal Al-Quran Al-Karim, maka semakin
bertambah baik kesihatan. Dr. Soleh Bin Ibrahim As-Shani', pensyarah
psikologi di Universiti Al-Imam bin Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, meneliti
dua kumpulan responden iaitu mahasiswa Universiti King Abdul Abdul Aziz
yang jumlahnya 170 responden, dan kumpulan mahasis Al-Imam Asy
-Syathibi yang juga berjumlah 170 responden.
Penyelidik
mendefinisikan kesihatan psikologi sebagai keadaan di mana berlaku
keselarasan psikologi individu daripada tiga faktor utama: agama,
spiritual, sosiologis dan jasmani. Untuk mengukurnya, penyelidik
menggunakan parameter kesihatan psikologinya Sulaiman Duwairiat, yang
terdiri daripada 60 unit.
Kajian ini mendapati
adanya korelasi positif antara peningkatan kadar hafalan dengan tahap
kesihatan psikologi dan mahasiswa yang unggul di bidang hafalan Al-Quran
itu mempunyai tahap kesihatan psikologi dengan perbezaan yang sangat
jelas.
Ada lebih dari tujuh
puluh kajian, baik Islam atau barat, semuanya menegaskan kepentingan
agama dalam meningkatkan kesihatan psikologi seseorang, kematangan dan
ketenangannya. Sebagaimana kajian-kajian yang telah dibuat di Arab Saudi
dan hasilnya menunjukkan peranan Al-Quran Al-Karim dapat meningkatkan
kemahiran asas pelajar-pelajar sekolah rendah dan pengaruh yang positif
dari hafalan Al-Quran untuk mencapai IP yang tinggi bagi mahasiswa.
Kajian tersebut memberi
gambaran yang jelas tentang hubungan antara keberagamaan dengan pelbagai
bentuknya terutama menghafal Al-Quran Al-Karim dan pengaruh-pengaruhnya
terhadap kesihatan fizikal individu dan keperibadian berbanding dengan
individu-individu yang tidak disiplin dengan ajaran-ajaran agama atau
tidak menghafal Al-Quran, sedikit atau seluruhnya.
Komen terhadap Kajian:
Setiap orang yang
menghafal sebahagian dari Al-Quran dan mendengar bacaan Al-Quran secara
berterusan itu pasti merasakan perubahan yang besar dalam hidupnya.
Hafalan Al-Quran juga berpengaruh pada kesihatan fizikalnya. Melalui
pengalaman dan pengamatan, dapat dipastikan bahawa hafalan Al-Quran
dapat meningkatkan sistem imun tubuh pada seseorang dan membantu
melindungi dari pelbagai penyakit.
Berikut adalah manfaat-manfaat hafalan Al-Quran,
1. Fikiran yang jernih.
2. Kekuatan memori.
3. Ketenangan dan kestabilan psikologi.
4. Senang dan bahagia.
5. Bebas dari perasaan takut, sedih dan cemas.
6. Mampu bercakap di depan awam.
7.Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan dari orang lain.
8. Terbebas dari penyakit akut (acute illness).
9. Dapat meningkatkan IQ.
10. Memiliki kekuatan dan ketenangan psikilogis.
Kerana itu Allah berfirman, "Sebenarnya,
Al Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang
yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali
orang-orang yang zalim. "(QS Al-'Ankabut [29]: 49)
Ini adalah sebahagian
dari manfaat di dunia. Ada manfaat-manfaat yang jauh lebih besar di
akhirat, iaitu kebahagiaan ketika berjumpa dengan Allah, memperolehi
keredhaan dan nikmat yang abadi, mendapatkan tempat dekat kekasih mulia
Muhammad Saw.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan