Memperingati Israk Mikraj, umat Islam mestilah sentiasa memberi
perhatian kepada permasalahan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa kerana
peristiwa ini menjelaskan tautan rapat antara kedua-dua masjid ini serta
kesuciannya kepada masyarakat Islam.
Baitulmaqdis telah dinobatkan sebagai kota suci ketiga bagi umat
Islam selepas Makkah dan Madinah. Pembebasan kota ini menjadi kewajipan
kepada umat Islam seluruhnya. Kita juga dapat mengambil seribu
pengajaran lain pada peristiwa Israk Mikraj.
Antaranya, kita dilarang meletakkan pergantungan kepada dunia kerana
sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan dunia ini untuk mereka yang
mengharapkan akhirat.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Dunia penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah
SWT dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan dunia adalah penjara bagi
Mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan
serta ancaman yang mencabar keimanan mereka.
Manfaat dunia secara bijaksana
Justeru, selaku orang Mukmin kita diseru memanfaatkan dunia secara
bijaksana dengan menjadikan dunia jambatan menuju kebahagiaan akhirat,
maka Allah SWT akan memberikan kedua-duanya (kebahagiaan dunia dan
akhirat).
Jabir bin Abdullah berkata: “Pada suatu hari sewaktu saya bersama
Baginda Rasulullah SAW, maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang
berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian
yang putih.
Lantas dia menghampiri Rasulullah SAW dan berkata: Assalamualaikum ya
Rasulullah, apakah ertinya dunia itu? Maka Rasulullah SAW berkata:
Dunia itu adalah impian orang yang tidur. Bertanya orang itu lagi:
Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW? Sabda Baginda SAW: Satu
kumpulan manusia yang berada dalam syurga dan satu kumpulan lagi berada
di dalam Neraka Sa’ir.”
Kita hendaklah mengembalikan kecintaan kepada Allah SWT kerana
kepada-Nya tempat kembalinya kita semua. Perasaan cinta dan kasih sayang
adalah fitrah manusia. Cinta yang lain sesama makhluk mestilah
berpaksikan cinta kerana Allah SWT.
Oleh itu, untuk mendapatkan kecintaan kepada Allah SWT, mestilah
membanyakkan amal soleh, amal ibadah dan amal kebajikan. Sentiasa
bermunajat, solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Lidahnya tidak
kering sentiasa menyebut nama-Nya, memuji dan mengagungkan-Nya.
http://ber-kongsi.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan