Selasa, 24 Jun 2014

Fakta Sains Yang Menakjubkan

Tahukah Anda?

- Kutu boleh melompat 130 kali ganda lebih tinggi daripada ketinggiannya sendiri. Jika manusia mempunyai kemampuan sedemikian, ini bermakna seorang dengan ketinggian 1.54 meter boleh melompat sehingga 240 meter.

- Haiwan paling bahaya di muka bumi ini adalah lalat rumah kerana kegemarannya hinggap pada najis dan menyebarkan penyakit berbahaya kepada manusia dan haiwan lain.

- Ular adalah haiwan karnivor (makan daging) sebenar kerana mereka tidak makan apa-apa selain daripada binatang.


- Amfibia terbesar di dunia adalah salamander gergasi (katak gergasi) yang boleh membesar sehingga 1.5 meter anjang.

- Paus biru boleh menghasilkan bunyi yang kuat sehingga 188 desibel. Ini adalah bunyi paling kuat pernah dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 852.9 kilometer.

- Katak panah yang ditemui di Amerika Selatan dan Tengah adalah haiwan paling berbisa di muka bumi.

- Dinasor Stegosaurus berukuran 9.1 meter panjang tetapi saiz otaknya hanya sebesar buah badam.

- Sel otak mempunyai jangka hayat paling panjang, ia hidup selagi tubuh manusia masih bernafas.

- Sel paling panjang dalam tubuh manusia adalah saraf motor. Ia boleh menjangkau 1.37 meter panjang dari saraf tunjang hingga ke tumit.

- Tulang paling kecil dalam tubuh manusia adalah tulang yang terletak di telinga tengah berukurang 0.28 sentimeter panjang.

- Seekor penyu kebiasaannya boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

- Belalai gajah tidak mempunyai tulang tetapi mempunyai 40,000 otot.

- Cicada (sejenis lalat di Afrika) menghabiskan 17 tahun masa hidupnya untuk tidur dan hanya dua minggu ia akan bangun untuk mengawan dan kemudiannya mati.

- Sekiranya kulit anda direntangkan, ia boleh meliputi kawasan seluas 18 kaki persegi (5.48 meter persegi).

- Zirafah mempunyai tulang yang sama banyak dilehernya seperti seorang lelaki dewasa.

- Gelombang lautan boleh bergerak selaju pesawat jet.

- Lukisan helikopter yang pertama pernah ditemui berusia kira-kira 50 tahun.

- Rama-rama memanaskan badannya sehingga mensapai 27.22 darjah selsius sebelum ia boleh terbang.

- Seekor ikan pausboleh berenang selama tiga bulan tanpa makan.

- Secara purata, manusia minum air sebanyak 16 tan sepanjang kehidupannya.

- Walaupun Gunung Everest dengan ketinggian 29,028 kaki (8,848 meter) adalah gunung tertinggi di dunia, Mauna Kea, sebuah gunung berapi aktif di Hawaii sebenarnya lebih tinggi. Hanya 13,796 kaki (4,205.02 meter) bahagian Gunung Mauna Kea berada di atas paras laut, sebaliknya ketinggian sebenarnya adalah 33,465 kaki (10,200.1 meter) jika diukur dari dasar laut ke puncak.

- Terdapat kira-kira 500 buah gunung berapi aktif di bumi. Ini merupakan bilangan yang berada di atas permukaan bumi tetapi banyak lagi yang terdapat di bawah laut yang tidak dapat dilihat.
 rilekrilek.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...