Sebuah riwayat dari Abu
Hurairah r.a bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu
Mahjan yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW
merasa kehilangan dia, lantas beliau bertanya tentangnya. Para sahabat
lalu berkata, “Dia telah wafat.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
“Mengapa kalian tidak memberitahukan hal itu kepadaku?”
Abu Hurairah berkata,
“Seolah-olah mereka menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah
hal yang kecil.” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!”
Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyolatkannya, lalu bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini
terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi
mereka kerana aku telah menyolatkannya.”
HR An-Nasa’i
Semoga ALLAH SWT
merahmati Ummu Mahjan r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin
dan lemah, akan tetapi beliau turut berperan sesuai dengan kemampuannya.
Beliau adalah pelajaran bagi kaum muslimin dalam perputaran sejarah
bahawa tidak boleh menganggap mudah suatu amal sekalipun kecil.
Oleh kerana itu ia
mendapatkan perhatian dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam
hingga ia wafat. Sehingga beliau menyalahkan para sahabat Beliau yang
tidak memberitahukan kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat
mengantarkan Ummu Mahjan ke tempat tinggalnya yang terakhir di dunia.
Bahkan tidak cukup hanya demikian namun beliau bersegera menuju kuburnya
untuk mensolatkannya agar ALLAH SWT menerangi kuburnya dengan solat
beliau.
*Sumber dari taubatnasuhaachik.blogspot.com menerusi detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan