Bahagia? semua orang inginkan kehidupan yang bahagia, bagi saya definasi untuk bahagia adalah berbeza bagi setiap individu kerana kehendak dan keperluan kita adalah berbeza, bagi
saya bahagia ialah kehidupan yang mendamaikan di mana setiap masalah
yang digadapi dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Dibawah saya
kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu kita untuk hidup lebih bahagia dengan mengamalnya dalam kehidupan seharian kita
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati
bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang
dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.
Panduan Hidup Bahagia
1. Berfikiran positif
Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau
membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir
secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang
datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah
dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami
tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah
cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila
menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji
kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh
kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa
stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti
kehidupan
2. Sentiasa Mengingati Tuhan
Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi
stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir
hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk
menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh
karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental
gunung di daratan.
3. Sedia berkongsi masalah
Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai
mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita
telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain
perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih
tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun
berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.
4. Terima kelebihan dan kekurangan diri
Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain
mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan
diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk
memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai
penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini
sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah
bersebab.
sentiasa positif dan terima kelebihan dan kekurangan diri
5. Bergaul dengan individu yang positif
Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih
bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak
langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.
Sumber: Facebook menerusi http://www.sobriyaacob.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan