1. Tidak sahur.
Puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
2. Sahur terlalu awal
Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.
3. Terlebih tidur
Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.
4. Berbuka secara buffet sampai buncit
Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!
5. Membazar hingga membazir.
Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. ������
6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal
7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
Nabi berqiamulail setiap mlm dan akan bertambah struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ��
8. Puasa tapi tak solat.
Pahala puasa pending , sebab tak solat.
9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
Bulan Ramadan bulan Ilmu.������ Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. ��
10. Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
Ramadhan Kareem!
Selamat berpuasa.
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever!
selongkar10
Selongkar Rohani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan