Festival Salji
Sapporo merupakan antara acara musim sejuk terbesar di Jepun. Setiap
tahun, dijangka hampir 2 juta pengunjung akan datang ke Sapporo untuk
melihat sendiri kecantikan tugu salji dan ukiran ais yang terletak di
tiga kawasan utama iaitu Odori, Tsudome, dan Susukino.
Festival ini berlangsung selama seminggu dan diadakan pada bulan
Februari. Menurut sejarah, ia bermula sejak tahun 1950 lagi. Pada ketika
itu, sekumpulan pelajar sekolah telah membina 6 tugu salji di Taman
Odori. Pada tahun 1955, Pasukan Pertahanan Jepun telah turut serta dan
membina ukiran ais gergasi pertama, yang seterusnya menjadikan acara
tersebut begitu terkenal.
http://wwwsaja-saja.blogspot.com
Sangat indah dan menarik..
BalasPadam