Assalamualaikum.
kali ni nak cerita berkenaan dengan orang-orang yang hampir lansung tak pernah solat tapi akhirnya apa yang terjadi?
Suatu ketika dulu semasa
masih belajar di kolej pernah seorang ustazah menceritakan tentang apa
yang beliau sendiri alami apabila terjumpa dengan seorang yang agak
berumur di sebuah masjid. selepas solat asar berjemaah, kelihatan makcik
tersebut solat empat rakaat sebanyak dua kali. lalu ustazah
tertanya-tanya di dalam hatinya kenapa makcik tersebut solat sebegitu
sedangkan solat sunat adalah haram selepas solat asar dan empat rakaat
pula.
lalu setelah makcik itu
selesai mengerjakan solat empat rakaat sebanyak dua kali ustazah pergi
bersalam dengan makcik tersebut. dan bertanya solat apa yang makcik buat
selepas solat asar? lalu dengan nada sedih makcik itu menceritakan
bahawa sebenarnya beliau menunaikan solat asar qada'.
"qada? kenapa sampai dua kali?"
"sebenarnya masa makcik
muda dulu, makcik tak pernah solat pun. bila dah tua baru makcik sedar
dah menyesal sebab tak pernah mendirikan solat sejak dulu. jadi
sekarang, selepas setiap waktu solat makcik cuba untuk qada sebanyak
yang makcik mampu untuk gantikan segala solat yang pernah makcik tinggal
sejak dulu. harapnya makcik sempat gantikan segala solat yang pernah
makcik tinggalkan, kalaulah Allah panjangkan umur makcik untuk gantikan
semua solat."
Begitulah cerita ustazah
kat kolej dulu. tetapi sebulan yang lepas sorang rakan eric yang
sedikit tua duduk disebelah eric ketika sedang membuka kasut untuk
mengambil wuduk sebelum menunaikan solat. lalu di ceritakan kepada eric.
"aku dulu masa sekolah
rendah aku solat, tapi sejak masuk sekolah menengah aku tak pernah
solat. hinggalah umur aku dua puluh lebih dan bila nak kahwin baru aku
mula rasa menyesal dan sedar setiap solat yang aku tinggal aku wajib
gantikan balik."
tambahnya lagi
"sebab tu kalau kau tengok lepas solat aku stay dulu untuk ganti balik solat yang dah aku tinggal."
sekarang umur member
eric ni hampir 40 tahun. tapi alhamdulillah dia sedar awal lagi dari
makcik dalam cerita yang pertama. bukan tu saja, malah dia nampaknya
berubah menjadi lebih baik dari rakan-rakan yang lain.
dua cerita yang lebih
kurang sama, mujurlah Allah memberi mereka hidayah sebelum datangnya
ajal. kita pula bagaimana, kalaupun kita tak pernah tinggal solat lima
waktu adakah ianya cukup? tidak..
tanyalah diri kita
sendiri, adakah amalan kita selama ini mencukupi? adakah kita membaca
al-quran dan mengamalkan makna didalamnya? adakah kita melakukan amalan
sunah yang dilakukan rasulullah contohnya solat sunat, dhuha, tahajjud,
witir dan sebagainya.
pada tahun lepas selepas
solat asar aku mendengar tazkirah asar berkenaan dengan solat sunat
witir. dan yang paling memberi kesan salah satu hadis sabda rasulullah
yang pengakhirannya berbunyi orang yang tidak mengamalkan amalan sunnah
ini adalah bukan dari kalangan ku...
PS: segala yang
diceritakan adalah melalui pengalaman eric sendiri sekadar perkongsian
untuk mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian.
PS2: blog yang
sebelumnya tidak dapat diupdate sebagaimana yang dijanjikan kerana pada
waktu yang dijanjikan terdapat kes warded, jika ada masa insyaallah akan
di update, sekian...
http://shuhash.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan