Assalamu'alaikum semua,
Di sini Shiela nak kongsi satu resipi cupcake yang selalu dibuat tiap kali diminta oleh anak-anak, untuk majlis hari jadi, sebagai buah tangan dan juga untuk merai tetamu. Cupcake ini memang sangat enak dan lemak rasanya, lembut serta gebu teksturnya (sampai setiap kali orang merasanya mesti minta resipi... hehe)
Oh! Yang dah masak ini lagi extra gebu.. huuu, sedapnyer! |
Jadi apalagi, kalau nak merasa cupcake enak lembut gebu sampai makan banyak tak ingat berapa ketul dah, salinlah resipi di bawah ini ya ;)
YOGHURT CUPCAKES
Bahan-bahan :
250 gm butter (guna salted Anchor butter, lagi sedap)
200 gm gula halus
5 biji telur ayam (saiz sederhana, asingkan putih dan kuning telur)
240 gm tepung naik sendiri
50 ml susu segar
7 tbsp yoghurt (sebaiknya Nestle plain yoghurt)
Putih telur (dipukul hingga kembang gebu)
Putih telur (dipukul hingga kembang gebu)
Cara membuat :
- Mulakan dengan Bismillah ya...
- Mulakan dengan Bismillah ya...
- Sediakan butter pada suhu bilik. Pukul butter dan gula pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
- Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul pada kelajuan sederhana.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang dengan susu dan dipukul dengan kelajuan yang rendah.
- Masukkan yoghurt sedikit demi sedikit sehingga habis juga dengan kelajuan yang rendah.
-
Akhir sekali, masukkan putih telur yang telah dipukul kembang. Gunakan
senduk kayu dan dikacau dalam arah yang sama melawan arah jam.
- Skup adunan sebanyak ¾ paper cup.
- Bakar pada suhu 175°C sehingga masak.
Tengoklah tu... Gebunya! menggunung naik |
Kalau buat cupcake ni memang berbaloi, seorang makan sampai 5 6 biji...! |
Oh! Yang dah masak ini lagi extra gebu.. huuu, sedapnyer! |
Pandanglah lihatlah... kegebuan saya |
Mamma mia! Time ni kena nyanyi lagu ABBA.. heheh |
Merekah-rekah gitu kaannn... |
Haa.. yang ini chocolate flavour, pun sangat sedap! |
Maka, harus ingat tip-tip membuat cupcake ini.
- Mesti guna tepung naik sendiri (Shiela dah cuba buat 'tepung naik sendiri' sendiri, tapi hasilnya kureng...!)
- Mesti asingkan putih dan kuning telurnya ya...
- Masukkan 7 sudu besar Nestle plain yoghurt (Shiela dah cuba yoghurt lain, hasilnya tidak segebu yang ini)
- Satu tips yang tidak pernah Shiela lupa semasa memasak ialah setiap kali memasukkan sesuatu, amalkanlah membaca selawat ke atas Baginda Rasululullah S.A.W serta beristigfar. SubhanALlah, masakan kita sangat sedap laa... menjadi laa... (bagi lenggok arab sikit) wa laziz jiddan!
- Selamat mencuba!
http://blogmasakku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan