Selasa, 24 Jun 2014

Tips supaya adik beradik harmoni

 adik beradik harmoni
Ada soalan kepada saya melalui PM, bertanyakan bagaimana nak buat supaya adik beradik harmoni.

Saya cuba berkongsi sekadar pengalaman saya ye :



  • Adik beradik yang lebih berumur, khususnya yang sulong mesti memainkan pranan sebagai penasihat. Namun nasihat yang diberi WAJIBLAH dengan penuh hikmah dan menjaga hati adik-adiknya.

  • Adik-adik pula MESTI hormat kepada yang lebih tua. Namun, sekira…nya abang atau kakak tidak menghormati adik-adik, sukar juga sebenarnya untuk adik-adik menghormati mereka dengan rela hati.

  • Adik-beradik hendaklah saling bertanya khabar, ziarah-menziarahi. Masalahnya di Malaysia ni khususnya, kita menganggap PELIK kalau ziarah-menziarahi bukan pada Hari Raya atau jemputan kenduri kahwin. Sedangkan bila-bila masa sahaja yang sesuai, tak salah pun nak ziarah sesama adik-beradik.

Inilah sedikit tips yang boleh saya berikan. Semoga ianya bermanfaat.

Coretan oleh :  Ustaz Ahmad Kamil al-Miftahi hafizahullah
pakar  how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...