Selasa, 24 Jun 2014

Tasik Berwarna-Warni di San Francisco Bay

Tasik garam di San Francisco Bay adalah salah satu landskap yang paling berwarna di dunia - kolam penyejatan garam yang dikendalikan oleh Cargill. Inc.



Kolam penyejatan garam ini adalah kolam buatan cetek direka untuk menghasilkan garam dari air laut. Air laut atau air garam dimasukkan ke dalam kolam besar dan air akan 'ditarik keluar' melalui penyejatan semula jadi yang membolehkan garam terhasil dan  kemudiannya dituai. 
 
 
  


Dalam tempoh lima tahun ia mengambil masa untuk air teluk matang menjadi air garam, sebelum ia dipindahkan dari satu kolam penyejatan ke kolam yang lain. Pada peringkat akhir, apabila air garam tepu sepenuhnya, ia dipam ke crystalizer di mana lapisan garam 5-8 inci tebal adalah sedia untuk dituai.

Kolam-kolam garam ini berkisar dari warna hijau, biru hingga magenta - berwarna semula jadi disebabkan oleh mikroorganisma yang berkembang maju seiring peningkatan tahap kemasinan. Warna menunjukkan kemasinan kolam dan jenis pembiakan mikroorganisma di atasnya. 
Lagi gambar-gambar menarik:








sumber: http://www.amusingplanet.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...