Rabu, 25 Jun 2014

Calon Penghuni Syurga


Calon Penghuni Syurga 
Calon Penghuni Syurga

Calon Penghuni Syurga


Renungan Pagi  adalah kisah calon penghuni syurga. Pada suatu malam selepas solat isyak, Nabi Muhammad S.A.W telah memperkenalkan kepada sejumlah sahabat seorang lelaki penduduk asal kota Madinah yang merupakan calon penghuni syurga. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisir rapi.

Kata-kata Rasulullah S.A.W telah menarik perhatian sahabat. Mereka tertanya-tanya apakah keistimewaan lelaki tersebut sehingga belum lagi meninggal dunia, dia telah dipastikan akan masuk syurga. Setau mereka lelaki tersebut bukanlah seorang yang alim. Malah ibadahnya biasa sahaja. Tidak ada keistimewaan pada dirinya.
 


Atas rasa ingin tau, Abdullah bin Umar Al Khatab r.a telah bertekad untuk bermalam dirumah pemuda tersebut untuk menyaksikan sendiri ibadah apakah yang dilakukan oleh beliau sehingga menjadikan beliau salah seorang calon penghuni syurga. Namun beliau hampa kerana setelah tiga malam berada dirumah pemuda tersebut tiada ibadah istimewa yang dilakukan oleh pemuda tersebut.

Setelah gagal mendapatkan jawapan, Abdullah bin Umar Al Khatab r.a membuat keputusan untuk bertanyakan terus kepada pemuda tersebut amalan yang beliau lakukan yang menjanjikan syurga untuknya.

Bersihkan Hati untuk Ke Syurga


Pemuda tersebut mengakui tiada ibadah intimewa yang dilakukan namun beliau mengakui tidak pernah merasa irihati terhadap sesiapa pun sepanjang hayatnya. Setelah mendengar pengakuan itu barulah Abdullah bin Umar Al Khatab r.a sedar bahawa beliau berhadapan dengan seorang pemuda yang tulus ikhlas. Di dalam hatinya tiada satu pun zarah dengki atau irihati.

kesimpulannya janganlah kita irihati terhadap sesiapa pun. Jika kita telah terumpat atau mengeji seseorang, segeralah meminta maaf kerana Allah S.W.T tidak akan mengampunkan dosa antara manusia dengan manusia.
blog santai

1 ulasan:

  1. Mudah2an kita semua dikurniakan taubat sebelum ajal tiba. Amiin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...