Ahad, 29 Jun 2014

SERAM.. Siapa Yang Dok Perhati Kemalangan Dari Jauh Tu?

Semalam, telah berlaku satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yang menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.

Pemandu lori tangki minyak sawit yang hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.
Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.




Gambar kemalangan ini kemudiannya dikongsikan di Facebook Friends of BN

Seperti biasa, gambar sebegini mula dibanjiri komen takziah dan al-fatihah namun pada masa sama ramai turut bertanyakan tentang satu entiti ganjil yang terdapat di dalamnya.

Ia adalah imej berupa seseorang seolah-olah sedang memerhatikan kereta yang remuk ini dari jauh.

komen1
komen2
komen3
Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa ‘pemerhati’ terbabit boleh berada di situ.

Bagaimana pula pendapat anda?

Apa pun, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Razali Ishak dan mendoakan semoga rohnya diterima dalam kalangan orang beriman. #mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...