Rabu, 25 Jun 2014

Bekas Gangster Brazil peluk Islam

Bekas gangster Brazil ini telah kembali kepada Islam, dengan mengucap syahadah dan berkongsi cerita dengan ahli-ahli projek dakwah WhyIslam yang sedang melawat Brazil semasa perlawanan Piala Dunia yang sedang berjalan. 
 
 
"Semua orang di jalanan ada kepercayaan," Umair, yang mengucap syahadah hanya dua bulan lalu di Brazil, memberitahu ahli-ahli pasukan dakwah WhyIslam.
 
 
"Kita hanya perlu mendekati mereka untuk reformasi dan menerima Islam," katanya, berkongsi cerita mengenai peralihan dari kehidupan jalanan kepada Islam.
Bekas Gangster Brazil peluk Islam
Matlamat beliau adalah untuk berpegang teguh kepada Islam dan mengajak orang lain kepada Islam dengan melakukan dakwah.
WhyIslam, projek dakwah peringkat akar umbi terbesar di Amerika Utara, telah menuju ke Sao Paulo, Brazil untuk "menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai Islam melalui cara perhubungan mudah, berkesan, dan inovatif".
Pasukan itu bukanlah satu-satunya (pasukan dakwah) di Brazil untuk Piala Dunia.
British Islamic Education and Research Academy telah menghantar pasukan khas dakwah ke Brazil untuk membentangkan imej Islam yang sebenar. 
Pada hari kedua kejohanan itu, seorang Muslim Brazil telah mengucap syahadah beberapa minit selepas bertemu pasukan Misi Dakwah dari IERA. 
Seorang lagi peminat bola sepak, Cesar, menerima Islam ketika Piala Dunia selepas pertemuan dengan sukarelawan IERA.
[On Islam]

p/s: Alhamdulillah! Mudah-mudahan Allah S.w.t membantu beliau untuk terus istiqamah dan berdakwah kepada orang lain pula .......
 unikversiti.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...