Lima
binatang ini tidak cukup anggota fizikal, namun mereka terpaksa
mengatasi kekurangan diri masing-masing untuk meneruskan hidup. Mujur
masih ada manusia yang bertanggungjawab untuk menjaga dan menyayangi
mereka kecuali hanya satu sahaja daripada lima yang hidup tidak bertuan.
Ikuti kisah suka duka lima binatang kudung dalam mengharungi hari-hari
mereka sebagai seekor binatang.
Faith - Mampu Berjalan Seperti Manusia
Faith |
Faith, nama anjing berkaki dua yang dilahirkan pada Disember 2002 di Amerika Syarikat.
Awalnya, dia mempunyai tiga kaki - dua kaki belakang yang normal dan
satu kaki hadapan yang cacat, namun kaki yang cacat itu terpaksa
dipotong ketika usianya tujuh bulan selepas ia mula "mengecut".
Pemiliknya, Jude Stringfellow mengambil tugas menjaga Faith setelah ibu anjing tersebut mula menyisihkannya.
Di
sebalik kekurangan itu, anjing betina ini mampu berjalan menggunakan
dua kaki belakangnya seperti manusia. Faith menjadi popular sehinggakan
sebuah buku berjudul "With a Little Faith" telah diterbitkan untuk
berkongsi kisah hidup anjing istimewa ini. Selain itu, Faith dan
pemiliknya, Jude Stringfellow, pernah menjadi jemputan dalam rancangan
televisyen The Oprah Winfrey Show, The Montel Williams Show, Animal
Attractions Television dan Ripley's Believe It or Not. Disebabkan
menjadi perhatian media, anjing ini juga mempunyai laman webnya sendiri,
malah turut mempunyai akaun MySpace (zaman dulu punya cerita), sudah
tentu dikendalikan oleh tuannya. - Wikipedia
Motala - Mangsa Periuk Api Tinggal
Motala |
Pada
1999, seekor gajah kehilangan salah satu kaki hadapannya selepas
terpijak periuk api tinggalan daripada konflik yang berterusan di
sepanjang sempadan Thailand-Myanmar. Semasa kejadian, gajah
betina bernama Motala ini dibiarkan penjaganya mencari makanan di hutan.
Tuannya cuba untuk menyelamatkan kaki Motala daripada dipotong namun
usaha tersebut gagal.
Pada 2006, Motala menerima kaki tiruan hasil bantuan kerajaan persekutuan Barisan Nasional sebagai alat bantuan sementara untuk membiasakannya berjalan semula sebelum ia dipakaikan kaki palsu kekal (permanent prosthesis)
pada 2009. Memandangkan kaki palsu tersebut perlu dipadankan mengikut
berat si gajah, ia dipastikan ditukar mengikut kesesuaian atau
keperluan. Setakat tahun 2011, sudah tiga kali kaki palsu Motala
digantikan. – Mail Online
Septimus - Kura-kura Beroda
Septimus |
Semasa
sedang berhibernasi di dalam tanah, di laman rumah pemiliknya,
kedua-dua kaki depan kura-kura ini digigit tikus. Gigitan itu
menyebabkan kaki depan Septimus, nama si kura-kura, berulat. Doktor
haiwan menasihatkan pemilik Septimus menentukan samada kaki yang telah
dijangkiti itu dipotong atau riwayat Septimus ditamatkan untuk kebaikan.
Pemilik Septimus, Darren Strand dan keluarga yang menjadikan reptilia ini sebagai haiwan peliharaan di rumah mereka di England
mengambil keputusan supaya kaki Septimus dipotong. Untuk membolehkan
Septimus boleh bergerak bebas, doktor haiwan memasang sepasang roda
kecil sebagai pengganti kepada kaki depannya. – Funzug.com
Papepun, jangan sesekali cium kura-kura walaupun ianya haiwan peliharaan kesayangan anda. Ini kesannya!
Si Bao - Anjing Gelandangan China
Si Bao |
Si Bao dulunya seekor anjing peliharaan. Selepas ditinggalkan tuan, ia hidup merempat di jalanan China
dan telah terlibat dengan satu kemalangan. Ia dilanggar oleh sebuah
keretapi laju, mengakibatkan ia kehilangan kedua-dua kaki belakangnya.
Meskipun cacat anggota, semangat anjing betina ini kuat untuk
membesarkan anak-anaknya.
Terdapat
lebih 130 juta ekor anjing liar yang hidup di jalanan China, dengan Si
Bao dan anak-anaknya hanya sebahagian kecil daripada populasi itu.
Urbanisasi di China menyebabkan banyak keluarga berpindah ke kawasan
bandar. Mereka tinggal di pangsapuri bertingkat tinggi yang mempunyai
ruang terhad untuk haiwan peliharaan. Jadi, kebanyakan pemilik akan
meninggalkan haiwan peliharaan mereka daripada membawanya tinggal
bersama di kediaman baru.
Hero - Si Kucing Malaya
Hero |
Peristiwa ini berlaku pada Mei 2005 dan ia pernah popular di Malaysia
disebabkan satu video yang dimuat naik di YouTube selepas kejadian.
Hero, seekor kucing malang telah dipotong kedua-dua kaki hadapannya
sebelum dibuang di tepi longkang oleh pelaku yang tidak diketahui
identiti. Menurut saksi, lelaki yang dipercayai sebagai pelaku datang
menaiki kereta lalu membuang Hero ke kawasan berkenaan sambil menyatakan
kucing itu pembawa sial dan sering mencuri makanan di kedainya.
Orang ramai yang berkerumun di tempat Hero ditinggalkan menarik perhatian seorang lelaki bernama Mohd Hairey Yahya yang
singgah untuk membeli minuman di kedai runcit berhampiran. Dia
bertindak menyelamatkan kucing malang itu dengan membawa Hero pulang ke
rumah. Disebabkan masalah kewangan ketika itu, dia tidak mampu
menghantar Hero mendapatkan rawatan di klinik. Dia sendiri yang merawat
dan menjaga Hero di rumah.
Selepas
lebih sebulan dirawat di rumah, keadaan Hero semakin pulih, namun payah
untuk si kucing ini membiasakan diri hidup tanpa kedua-dua kaki
hadapannya. Bertuah Hero mendapat tuan a.k.a. PapaHero (PH) yang begitu sayangkannya selepas itu. Pada September 2009, blog KAKIMOTONG diwujudkan. Ia merupakan medium untuk PH berkongsi kisah dan perkembangan Hero dengan pembaca. Apa yang aku kongsikan ini pun, diringkaskan daripada blog tersebut. Harap maklum!
Untuk makluman, Hero mati pada 24 November 2013 yang lalu.
Untuk maklumat lanjut, lawati blog di atas. |
Kisah-kisah
di atas datangnya berasingan sebelum dikumpulkan dalam satu entri ini.
Bertahun-tahun tersimpan dalam inbox. Alhamdulillah, siap juga. Semoga
kita mendapat inspirasi dalam mengharungi pahit getir kehidupan
seterusnya sayang menyayang antara makhluk ciptaan Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan