Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober,
demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial
Syed Ahmad.
"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja,
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433
Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.
"Oleh demikian, Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober, 2012” katanya
dalam kenyataan di sini.
- BERNAMA