Rabu, 6 Mac 2013

Lelaki, Kenalilah Maksud Setiap Ekspresi Muka Perempuan.

Lelaki, pernah tak di suatu detik pasangan korang menunjukkan simptom² macam kat bawah ni bila korang sedang berleter atau menegur si dia tentang sesuatu yang korang suka atau tidak suka tentang apa yang dia lakukan?

1. Si gadis tertunduk. Pandangan matanya menuju ke arah lain seolah² dirinya buat dek je dengar nasihat korang.


 
 
 
 
 

Realitinya, si gadis bukan tak nak dengar atau menolak mentah² teguran korang. Sebaliknya dia diam membisu kerana ingin mendengar luahan hati korang (proses memahami kata² korang & proses meletakkan teguran korang sebagai satu peringatan penting dalam kepalanya) sambil muhasabah diri memikirkan kesilapan yang dia lakukan.

2. Kali ni si gadis mengangkat sedikit mukanya.


Pada masa ni, si gadis menyedari kesilapannya dan mula diselubungi rasa bersalah. 

3. Setelah mengangkat mukanya sedikit, dia membukanya matanya dengan lebih luas dan bersedia untuk bertentang mata dengan korang.




Hakikatnya, dirinya sedang mengumpul kekuatan untuk menjelaskan kelakuannya yang tak dapat diterima oleh korang dan bersedia untuk meminta maaf. Seringkali lelaki salah faham tentang perkara ni. Niat untuk menjelaskn segalanya supaya si lelaki tak lagi rasa bersedih ditafsir pula oleh lelaki sebagai argument untuk si gadis defend diri sendiri, juga menganggap si gadis hanya ingin memberi alasan dan melawan setiap kata² nya. Sedarkah wahai lelaki bahawa pada saat korang berpendapat sebegitu, korang hanya akan lebih menyakitkan hati diri sendiri kerana memikirkan pasangan degil, tak mendengar teguran dan merasakan nasihat korang langsung tiada nilai pada si gadis sedangkan niat si gadis cuba menjelaskan sesuatu adalah untuk kebaikan bersama.

4. Si gadis mula menekup sebahagian mukanya dengan tangan. Matanya pula menatap lantai yang sebenarnya kosong, tiada ape² yang menarik pun.


Apakah yang si gadis cuba sembunyikan dengan menekup mukanya sebegitu? Sebenarnya si gadis berasa teramat sedih kerana niatnya telah disalahertikan dan si lelaki langsung tidak memberinya peluang untuk menjelaskan. Patah. Patah semangat dan patah hatinya ketika itu. Lalu dirinya cuba menyembunyikan kesedihan dan kepiluan yang melanda. Memendam rasa.

5. AWAS! Berhati-hati lah wahai lelaki seandainya dahi si gadis mula berkerut sebegini sambil menutup sebahagian wajahnya. 


Kerana ini menandakan betapa dirinya terluka dan korang takkan pernah tahu bilakah dirinya akan berhenti menangis. Sudah tentu si dia akan berhenti menangis di depan korang bila korang memujuk dirinya tetapi tangisan dalam hatinya takkan pernah berhenti selagi kamu wahai lelaki tidak memahami perkara ini dan menunjukkan perubahan yang sepatutnya.

Bukanlah semua perempuan menunjukkan sikap sebegini dalam situasi yang dibincangkan tadi. Bergantung pada karakter seseorang perempuan. Vice versa, perempuan juga perlu memahami ekspresi dan body language pasangannya demi suatu hubungan yang seimbang dan berjaya.

PERINGATAN! Wahai perempuan, sila ambil perhatian sekiranya pasangan anda jenis yang tak suka anda berdiam diri dan memerlukan respon segera dalam sesebuah diskusi. Walaupun anda naturally bukanlah seorang individu yang kuat melawan, atau sudah terlalu "speechless" untuk mengatakan sesuatu padanya, cubalah untuk belajar menjawab soalan atau apa² statement darinya dengan cara lembut yang takkan menambahkan lagi kemarahannya. Mungkin itulah yang terbaik.


p/s : Sekian sedikit perkongsian dari pengalaman. Yang betul boleh diaplikasikan, yang salah tolong betulkan. Teringin sekali aku membela nasib wanita di luar sana yang kurang bernasib baik dalam soal hubungan dengan lelaki tapi apakan daya aku bukanlah sesiapa, bukan kaunselor mahupun psychologist.
 http://eja-blackroseohlala.blogspot.com

2 ulasan:

  1. salam w.b.t

    Minta jasa baik admin delete gmbar muka kt sini ye...content je takpe, mmg niat sy menulis kat blog spy ape2 info yg mungkin bguna boleh disebarkan. tp sy pun dah delete blog disebabkan trlalu bnyk pics personal kt situ + faktor lain. Harap admin faham & beri kerjasama. Thank u...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...