Jumaat, 26 Oktober 2012

Kecantikan Wanita Dari Mata Lelaki

Assalamualaikum…apa khabar semua pembaca nukilan Kasih Suci?

Cantik wanita itu subjektif, tak boleh dirungkai dengan kata-kata. Namun cantiknya budi bahasa adalah kecantikan asli dan kekal selamanya. Bagi lelaki kecantikan wanita kesayangan hati amatlah membuat diri mereka tenang dan selesa.

Wanita yang berjaya menambat hati pasti sangat istimewa, dan berjaya meredakan gelisah hati dan menyejukkan mata memandang. Nak jadi wanita kesayangan tak susah, tak perlu make up 2 inci menutup cela. Yakinlah dengan diri sendiri dan bersihkan hati, insya Allah anda cantik di mata lelaki kesayangan hati.





Andai kecantikan dalaman anda sangat menyerlah pasti ramai yang sayang. Bersihkan hati dan pamerkan kecantikan asli kurniaan Illahi sebaiknya, jangan leka dengan kecantikan yang hanya pinjaman sementara saja. Moga kita sama-sama menjaga kecantikan yang diberi sebaiknya. Lelaki yang baik akan bijak menilai mana kecantikan asli mana kecantikan palsu.

Tak perlu bersusah payah menepek muka tebal-tebal sehingga tiada keyakinan terhadap diri sendiri. Percayalah tiap insan punya kecantikan diri yang tersendiri.
blogammar

1 ulasan:

  1. Adakah pasangan anda selalu bekerja di luar pejabat /kerja lapangan yang menggelapkan kulit?
    Adakah anak anda aktif dalam sukan dan kerap berjemur di bawah terik matahari?
    Adakah anda masih ingin kekal Cerah meskipun terdedah pada cuaca panas?


    Call / Sms: +6016 2715447
    Email: 772shine[@]gmail[.]com
    Google up: Shine FS

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...