Isnin, 15 Oktober 2012

Jenis Haiwan dan Keutamaan Dalam Korban

unta, unta yang dikorban, unta sebelum disembelih, unta korban
Jenis-jenis Haiwan Korban.

Tidak boleh dibuat korban melainkan haiwan ternakan sahaja iaitu unta, lembu, kerbau, atau kambing (termasuk biri-biri). Melakukan korban selain haiwan ternakan tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya.

Dibolehkan kacukan jenis antara haiwan ternakan dengan haiwan ternakan yang lain.

Tidak boleh melakukan korban haiwan kacukan antara lembu hutan dan keldai hutan, tetapi dibolehkan sekiranya ia adalah kacukan antara salah satu daripada haiwan ternakan. Dan tak boleh kacukan dari haiwan yang halal dimakan campur dengan haiwan haram dimakan. Contohnya babi kacuk dengan biri-biri, itu memang confirm tak boleh nak buat korban.
 
 
 
 

Harus seekor unta, Lembu dan Kerbau untuk 7 orang walaupun pelbagai Niat.

Boleh melakukan korban bagi seekor unta, lembu atau kerbau untuk tujuh orang, sama ada kesemua mereka berniat untuk korban atau tidak.
Tidak boleh dikongsi Seekor Kambing.
Para ulama bersepakat mengatakan seekor biri-biri atau kambing hanya untuk seorang, tidak boleh untuk dua orang atau lebih. Bagitu juga tidak boleh sekiranya dua orang melakukan korban dua ekor kambing dan mereka berdua berkongsi pada setiap ekor. Ini kerana mereka menyembelih seekor kambing.
Keutamaan korban.
Pengkelasan korban mengikut keutamaan seperti dibawah ini:
  1. Unta kerana dagingnya lebih banyak daripada lembu dan kambing
  2. Lembu atau Kerbau kerana dagingnya lebih banyak daripada Kambing.
  3. Biri-biri kerana dagingnya lebih banyak dari kambing
  4. Kambing.
  5. Berkongsi beberapa orang pada seekor Unta.
  6. Berkongsi beberapa orang pada seekor Lembu atu Kerbau.
Lebih banyak ditumpahkan darah lebih afdal.
7 ekor biri-biri lebih utama daripada 7 ekor kambing dan 7 ekor kambing leih utama dari seekor unta kerana banyak darah yang ditumpahkan bertambah hampir kepada Allah SWT.
Warna haiwan Korban yang lebih utama:
  1. Putih
  2. Kuning
  3. Kelabu
  4. Merah
  5. Belang putih dan hitam
  6. Hitam

Haiwan Jantan lebih utama daripada betina.

Haiwan jantan lebih afdal daripada haiwan betina, sekiranya ia tidak banyak mengawan. Jika ia banyak mengawan, maka haiwan korban betina yang belum beranak (masih dara) lebih utama daripada haiwan jantan yang kuat mengawan itu.

Haiwan korban Gemuk lebih utama berbanding Kurus (tidak terlalu kurus).

Haiwan korban yang gemuk tentunya lebih diutamakan daripada yang kurus. Seekor yan gemuk lebih afdal daripad adua ekor yang kurus walaupun kedua-duanya itu mempunyai warna yang afdal atau kedua-duanya adalah jantan. Ini adalah kerana melakukan korban dena haiwan yang gemuk itu adalah sebagai tanda mebesarkan korban.
Firman Allah Surah al-Hajj, ayat 32: Maksudnya
Dan sesiapa yang menghormati syiar agama Allah (maka dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat takwa hati orang mukmin
 

close
ceritekiter.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...