Ahad, 14 Oktober 2012

Cerpen : Hikayat Putera Cerewet

Oleh : Syiqin Hanie
Namaku ialah Zulaiqa Nur Zahra. Aku ialah suri rumah sepenuh masa. Kehidupan aku begitu indah sekali, sebelum aku terikat dengan lelaki cerewet itu!

Namanya ialah, Alexander Zulkarnain, seorang muallaf yang wajib aku lindungi sebagai seorang muslim yang sejati. Papa dan mamanya juga seorang muallaf yang berbangsa cina. Alex sudah sah menjadi suamiku sejak tiga bulan yang lepas.

Aku tidak akan mengatakan bahawa aku telah dipaksa berkahwin dengannya. Papaku ialah kawan baik papanya, dan perkahwinan itu berlangsung dengan persetujuan kami berdua. Tetapi satu sahaja aku tidak memahami tentangnya, kenapa dia begitu cerewet denganku? Bahasanya…. Ya Allah…. kasar sungguh.





Walaupun semua sifat itu ada pada dirinya, aku tabik spring padanya kerana…. dia sangat bertanggugjawab dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Aku? Usah ditanya kerana sememangnya aku melaksanakan tanggungjawab aku kepadanya dengan baik.

Lena sungguh Alex sekarang. Erk! Macam mana pula aku boleh tahu? Sedangkan aku pun sedang membelakanginya dan sibuk mencoret dalam dairi ini.

“ Kau buat apa pagi – pagi buta ni? Tak ada kerja lain nak dibuat ke? Aku nak solat Subuh, kau nak ikut?” sergahnya tiba – tiba membuatkan aku berasa terkejut yang amat sehingga aku jatuh tergolek di sebelah katil.

Dia tahu rupanya aku tengah meluahkan perasaan dalam dairi aku tu! Malunya!

“ Kalau kau tak gelabah satu hari tak boleh ke? Dah! Jangan mengada! Pergi ambil wudhuk!” arahnya kepadaku sambil menyisir rambutnya yang terjuntai di dahi.

“ Saya….” aku cuba menjelaskan kepadanya perkara yang sebenar.

“ Apa?!”

“ Tak boleh solat….” akhirnya aku menjawab dengan jujur.

“ Cakaplah… ini tak, malu pun macam kambing yang nak sembunyikan janggutnya! Malaslah nak layan kau! Pergi buat air untuk aku, gelas tu kau basuh dengan air panas lepastu masuk dalam pengering. Sediakan baju ofis aku, aku tak nak nampak satu kedutan pun! Faham?!” entah kenapa, jantungku bagaikan hendak luruh sahaja memandang wajah tampannya.

Buat seketika, aku tergoda….

“ Wei minah! Aku bagi kau kuliah dengar tak? Asyik – asyik nak berangan!” katanya lalu terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

<<<<<>>>>>

Aku menggosok bajunya seperti biasa, tanpa satu kedutan langsung. Jikalau ada kedutan, Alex akan menyuruhku menggosok baju itu semula, bermula dari awal dan bukannya hanya tempat yang berkedut itu.

Gelas itu aku basuh menggunakan air panas seperti biasa, juga. Kemudian aku masukkan gelas tersebut ke dalam pengering. Pernah aku ajukan soalan ini kepadanya mengenai air panas dan gelas itu. Dan jawapannya ialah….

“ Kalau gelas ni retak, kau nak tanggung? Tak, kan? Lagi satu, kalau menda ni pecah dan kena tangan kau, itupun kau nak tanggung ke? Sebab… benda – benda kecik macam ni boleh tunjukkan bahawa aku tak menjalankan tanggungjawab aku sebagai suami dalam menjaga keselamatan kau. Kau faham tak?!” suka sangat Alex menggunakan nada yang tinggi apabila bercakap denganku.

Terkejut beruk aku apabila aku rasakan tangan sasa yang menarik pinggangku yang kecil ke tepi. Hisy… ingatkan ada peneman dalam rumah ni! Rupa – rupanya mamat cerewet tu!

“ Apa? Kau tak pernah tengok manusia ke? Hari ni aku nak jus oren aku dalam mug ni.” arahnya kepadaku selamba.

“ Tapi… saya dah basuh dan letakkan dalam pengering yang lagi satu….” sebelum aku sempat memberi alasan, Alex terlebih dahulu menyampuk.

“ Kau jangan nak menjawab. Hari ni aku rasa macam nak minum dalam tu, kau ikut je la, susah sangat ke nak ikut cakap aku?” soal Alex dengan keningnya dinaikkan.

Aku menghela nafasku denga berat sebelum mengambil gelas itu daripada gapaiannya. Aku menyediakan nasi goreng cina kesukaannya. Apa yang pelik tentang nasi goreng kesukaan Alex ialah…. ikan salmon! Dan dia makan nasi goreng cina campur salmon tu sampai licin pinggan.

Aku mengambil tempatku di sebelah Alex. Alex sedang membetulkan tali lehernya sambil memandang sekilas pada jam tangannya.

“ Alamak!”

“ Apa yang alamaknya?” soalku bodoh.

“ Aku dah lambat masuk ofis la. Nanti papa banyak soal. Dahla ada meeting aku kena attend dalam masa dua puluh minit ni. Manalah nak sempat….” keluh Alex sambil tergesa – gesa menghabiskan nasi goreng di pinggannya. Mukanya sedikit berkerut.

Hmm… kenapa agaknya muka dia berkerut? Entahlah… tengah fikirkan masalah dunia kot…

“ Makanlah pelan – pelan. Nanti tersedak.” saranku kepada Alex. Aku mengambil keputusan untuk tidak menanyakan tentang isu mukanya yang berkerut itu. Karang tidak pasal – pasal aku kena jerkah dengan Alex.

Tiba – tiba Alex menghentikan suapannya sambil matanya tajam menikam kalbuku.

“ Aku tak sangka kau ambil berat pasal aku. Nanti taklah aku mati katak.”

“ Well, you know me….”

“ Dah! Dah! Pantang orang puji sikit, perasan sampai terkembang – kembang hidung tu. Kau ingat elok sangat ke muka kau dengan lubang hidung macam bazooka? Meh sini, tolong betulkan tie aku sampai aku puas hati.” seperti biasa, kutukannya aku terima dengan hati yang amatlah ‘terbuka’.

Aku membetulkan tali lehernya yang kelihatan sedikit terjuntai sana – sini. Itulah padahnya kalau kalut sangat. Dah ada kelebihan sebagai anak tauke besar, itupun tak nak bersyukur. Hisy Alex ni… kalau papa Robert tanya soalan tu, jawab ajelah! Banyak pulak songehnya…

“ Dah! Tepi!” arahnya kepadaku. Kalaulah tahap kesabaranku begitu rendah, memang sudah lama aku sumbat Alex ke dalam Gua Tempurung!

“ Zul, nasi goreng tadi tu tak cukup panas, terlalu suam. Aku tak suka. Jangan buat macam tu lagi lain kali.” katanya tanpa memandangku. Alex sedang sibuk menyarungkan kasutnya di hadapan penthouse kami.

Sudah beberapa kali juga aku melarangnya memanggilku dengan nama Zul, tetapi dia tetap berbuat demikian. Zul bagiku adalah nama lelaki, dan Alex ni memang buat aku rasa seperti seorang lelaki!

“ Okey sir….” Alex menjegilku dengan tajam. Langsung tiada senyuman di wajahnya. Kecut perut aku yang melihatnya.

“ Err… okey sayang!” aku tekankan perkataan ‘sayang’ itu pada ayatku. Alex tersenyum.

“ Ek eh… awak senyumlah! Sweet sangat! Nak kena masuk facebook ni! Wah… comelnya lesung pipit awak, ruginya awak tak gunakan senjata yang ada pada awak!”

“ Aku tak senyumlah minah senget! Apa? Kau nak aku goda perempuan lain? Kenapa? Kau suka sangat ke kalau nak bermadu? Aku tak kisah.” soalnya terus kepadaku. Soalan cepumasnya membuatkan aku sedikit tersentak.

“ Tak….” kataku sambil menundukkan wajahku.

“ Meh sini cepat. Jangan nak buat drama pulak.” Alex menarikku. Aku menyalami tangannya seperti biasa.

Aku hanya memandang sepi kelibat tubuhnya menghilang di sebalik pintu lif. Betulkah dia tak kisah kalau nak kahwin lagi sekali? Walau macam mana sekalipun, aku takkan bagi dia kahwin punya! Kalau dia kahwin, siap Alex aku kerjakan.

Telefon bimbit yang bergetar di atas meja menandakan ada mesej yang masuk. Aku membuka peti mesejku.

Woi minah! Kau btul – btul igt aq nak khwn laen ek? Zul, dah cukup aq ad sorang bini mcm kau la. Nak agy 1? Huish… x kuasa aq! P/s: jgn lupa mkn ek? Aq tau kau x mkn td sbb trlalu asyik tgok muka hencem aq kn? Haha… assalamualaikum! :-( -Alexander Zulkarnain

Aku tersenyum membaca mesejnya. Malu tapi mahu! Sayang Alex aku! Tapi, kenapa dia letakkan sad face dekat belakang ayat tu? Tak ikhlas kut…

Sekali lagi telefon bimbitku bergetar.

:-) . sori! Silap taip! – Alexander Zulkarnain

Aku tersenyum lagi. Adakalanya lelaki ini boleh menjadi sangat keanak – anakan walaupun sifat ganas pada dirinya itu lebih menyerlah.

<<<<<>>>>>

kau siap cpt, aq smpai dlm 10 min. kau ltk bju aq wrna itam, kau pun pkai jubah yg aq beli dkat madinah ari 2. jgn byk soal! – Alexander Zulkarnain

Berkali – kali aku membaca mesej yang dihantar oleh Alex kepadaku. Aku mula tertanya – tanya ke manakah dia akan bawaku pula? Aku cepat – cepat bersiap kerana dia cukup tidak suka menungguku bersiap. Hampeh punya suami!

Aku sedang menyarungkan jubah apabila tiba – tiba pintu bilik dikuak dari arah luar. Aku yang teramat terkejut itu terus melompat ke atas katil dan menyelubungkan selimut di seluruh tubuhku yang separa terdedah.

“ Zul! Kau tak payah buat – buat malu dengan aku la. Cepatlah! Dah lambat ni! Yang kau tercongok kat dalam selimut tu kenapa?” pandangan Alex yang tajam menimbulkan rasa tidak selesaku.

“ Berapa kali saya nak cakap, awak ketuklah pintu dulu daripada sergah saya macam tu aje. Nasib baik saya tak ada penyakit lemah jantung….” nampaknya dia langsung tidak betah akan kata – kataku tadi. Aku menghela nafas dengan berat setelah Alex masuk ke dalam bilik air.

Seperti lipas kudung, aku terus menyambung misiku dalam menyarungkan jubah bermanik kristal itu ke tubuhku yang langsing.

<<<<<>>>>>

Alex telah mengajakku makan di sebuah restoran arab yang eksklusif. Hampir gugur sahaja jantungku melihatkan harga makanan di sini. Patutlah dia suruh aku pakai jubah, rupa – rupanya nak ajak aku makan dekat sini.

Makanan yang dipesanku telahpun sampai. Dan seperti biasa, aku akan menunggu sehingga Alex mula makan. Kononnya isteri mithali la katakan…

“ Kau makanlah dulu. Jangan tunggu aku.” kata Alex tiba – tiba seraya memotong keasyikanku berangan.

“ Err… tak apalah… saya tak lapar pun.” bohongku. Di saat itu juga, perutku berkeroncong cukup kuat sehingga dapat sampai ke pendengaran Alex. Tak kenang budi punya perut!

Alex melepaskan tawa yang kecil dan tersenyum sinis ke arahku. Pelayan itu pun sampai dan letakkan makanan Alex di hadapannya.

Handsome jugak pelayan arab tu tadi!

“ Kau jangan ushar pak arab tu lama – lama. Aku tak suka. Kau tak nak jadi isteri derhaka kan? Jadi… kau kena ushar muka aku yang handsome ni, aje tau!”

“ Mana ada saya ushar dia! Awak ajelah yang terlebih perasan!” aku cuba nafikan kenyataan yang benar.

“ Ye la tu…” Alex memulakan suapannya. Mukanya berkerut seribu. Ah! Mesti ada yang tak kena dengan makanan tu! Dia mengangkat tangannya kepada pelayan tersebut. Pelayan tadi itu dengan segera mendekati meja kami.

“ Helo brother, this food terlebih garam la. I tak boleh makan. Tolong bawakan yang baru.” arah Alex kepada pelayan tersebut. Lelaki itu kelihatan serba salah.

“ You nak I panggilkan manager you ke? I bayar untuk makanan ni dan semestinya I nak yang terbaik. Bukan yang macam ni! You nak I kena penyakit darah tinggi ke?!” serang Alex lagi. Aku hanya tumpukan perhatian pada makanan yang berada di hadapanku.

“ Bos… jangan panggil manager la. Okey… okey… nanti saya bawa yang baru ya? Sabar bos..” kata pelayan itu lalu pergi mengambil pinggan Alex ke dapur.

“ Helo! You nama apa?” soal Alex tiba – tiba. Pelayan itu kelihatan takut – takut.

“ Ahmed…” anggukannya menandakan bahawa dia akan berlalu.

Alex mencapai telefon bimbitnya lalu terus mendail beberapa nombor. Dalam beberapa deringan, telefon itu dijawab.

“ Assalamualaikum Tariq. Ahmed tu pekerja baru ke? Oh… I nak you pecat dia. I tak nak restoran ni bankrap sebab orang baru macam dia. Lain kali, you latih dulu pekerja you tu okey? Kalau tak, you pulak yang dipecat. Hmm… I ada kat depan la. Nak pergi dah pun. Bye.”

“ Kau dah habis makan? Jom. Aku nak balik.” katanya lalu terus bangun meninggalkan aku terpinga – pinga.

“ Eh! Awak tak makan ke? At least bayarlah dulu!” aku mengejarnya dan terus masuk ke dalam kereta Lamborghini berwarna kuning milik Alex.

“ Aku tak puas hati dengan layanan diorang, so aku blah ajelah.” selamba dia menjawab.

“ Awak cakap dengan siapa tadi? Oh… maknanya budak tadi tu kena pecat ye? Kesian dia… macam mana awak boleh ada kuasa nak pecat dia?” soalku bingung.

“ Sebab…. aku pemilik restoran ni. So, kalau dia buat macam tu tadi, kau rasa patut ke? Hmm?” tanya Alex kembali sambil sebelah tangan memegang stereng dan sebelah tangan lagi memegang tanganku.

“ Oh… saya tak pernah tahu pun.”

“ Memanglah kau tak pernah tahu, sebab aku pun tak pernah bagitau kau…” Alex tersenyum.

“ Hehehe… saya nak tidur kejaplah. Mengantuk sangat.” aku tersengih bak kerang expired ke arah Alex.

“ Tidur aje kerja kau. Hisy…” tenang sahaja pemanduan Alex sepanjang aku ‘tak sedarkan diri’.

<<<<<>>>>>

Aku menggosok mataku. Eh! Dah ada kat atas katil rupanya. Aku melihat jam di sebelah katilku yang menunjukkan pukul tiga pagi. Aku cuba mengiringkan tubuhku ke kanan. Sangat susah untuk aku bergerak kerana dakapan Alex yang kemas.

Aku melihat tubuhku yang lengkap dengan gaun tidur yang dibeli oleh Alex di Itali. Sudah beberapa kali aku menolak untuk memakainya kerana keadaan gaun itu yang terlalu singkat dan berlubang – lubang.

Hisy… mamat ni main taktik kotor nampak! Mesti dia yang tukar baju aku tadi! Mesti dia yang angkat aku sampai kat bilik ni! Aduh… malunya! Dahlah berat aku bertambah dua kilo semalam masa aku timbang.

“ Tidurlah sayang… I mengantuk ni…” Alex menguap sebelum mengemaskan lagi dakapannya. Sebenarnya, agak selesa jugak kalau dia peluk aku macam tu.

Meremang bulu roma aku mendengarkan pertuturan manja Alex itu. Mana dia Alex yang ganas?

“ Awak sihat tak? Ni Zul tau, bukan orang lain.” aku cuba menyakinkannya.

“ Tahulah… tidurlah sayang. Auuhh…. Zul ni pun mengantuk.” kini, aku benar – benar terkejut. Terkejut kerana pertama kalinya dia membahasakan dirinya sebagai Zul!

Akhirnya aku tersenyum dan mengemaskan lagi pelukanku terhadap Alex. Bahagianya aku malam ni!

Bahagia kerana lelaki ini berubah keranaku biarpun hanya untuk malam ini sahaja. Aku tetap akan sayangkan Alex walaupun dia ganas mahupun tidak, dan walaupun dia cerewet mahupun tidak.

<<<<<>>>>>

“ Maafkan saya puan. Jantung puan lemah sangat. Kena buat transplan atau….” kata – kata doktor Dani tergantung di situ. Aku sudah tahu hayatku tidak lama lagi. Aku memegang erat tangan Alex di sebelah.

“ Dah tak ada cara lain ke doc?” suara Alex kedengaran begitu bergetar di waktu ini.

“ Tak ada tuan. Puan dah melepasi tahap yang ketiga dan sebab itulah puan kerap sangat sesak nafas. Dan puan Zulaiqa perlu menjalani pembedahan secepat mungkin. Sehingga tu, kami perlu cari jantung penderma yang sesuai dan proses itu akan mengambil masa tuan, puan.” nampaknya doktor itu turut bersimpati terhadap nasibku.

Aku sudah reda dan pasrah sekiranya inilah pengakhiran hidupku dengan lelaki yang amat aku sayangi, Alexander Zulkarnain.

Kata – kata doktor Dani masih terngiang – ngiang di corong telingaku. Mataku terasa amat berat. Aku memandang Alex yang termenung jauh. Papa dan mama aku dan Alex sudah pualang dan akan kembali pada hari esok.

Aku tidak suka akan suasana suram di dalam bilik hospital ini.

“ Alex… saya nak minta maaf atas segala kesilapan saya terhadap awak. Maafkan saya jika saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan baik, Alex. Saya dapat rasakan masa saya kat dunia ni tak lama…..”

“ Kau diam boleh tak?” kata – katanya membuatkan aku tersentak. Air mataku akan gugur bila – bila masa sahaja.

“ Saya nak awak tahu, awaklah suami terbaik saya. Walaupun awak tak nak percaya, saya sangat sayangkan awak. Terlalu sayangkan awak. Saya nak awak berada di sisi saya sehingga nafas saya terhenti.” aku melelapkan mataku.

Aku telah diberitahu bahawa esok aku akan menjalani pembedahan. Aku berasa amat bersyukur sekiranya aku selamat dalam pembedahan itu, dan jika tidak, aku reda sahaja dengan ketentuan hidupku.

Daripada ekor mata Alex, aku dapat melihat air matanya mengalir. Aku bertambah hiba melihatnya. Namun aku mengambil keputusan untuk terus sahaja menenangkan diriku dahulu. Aku tidak mahu mengganggunya.

<<<<<>>>>>

Aku telah diberi ubat tidur oleh doktor. Aku tidak sedarkan diri namun aku dapat mendengar perbualan orang di sekelilingku. Papa dan mama aku dan Alex tidak putus – putus berdoa supaya aku berjaya menjalani pembedahan transplan jantung.

Jikalau berpeluang, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga penderma jantung kepadaku itu. Ya Allah, kau kurniakanlah kesejahteraan buat roh orang yang telah menderma jantungnya kepadaku.

Aku ingin berjumpa dengan Alex. Ya, hanya Alex sahaja yang dapat membuang rasa gemuruhku ini. Sebelum aku diberi ubat tidur, langsung aku tidak berjumpa dengannya. Terus – terang aku cakap, aku sangat merinduinya. Aku terlalu sayangkan Alex.

Satu sahaja perkara yang merunsingkan fikiranku ini, papa dan mama Alex kelihatan yang paling hiba. Mama Alex sudah menangis teresak – esak dan mamaku terpaksa menenangkannya. Kenapa keadaan mereka sampai begitu sekali? Seperti hendak kehilangan anak mereka sahaja. Tetapi itu tidak mungkin kerana Alex adalah satu – satunya anak mereka.

Aku dapat rasakan tangan yang sejuk menyentuh dan menggenggam erat tanganku ini. Ini ialah tangan Alex. Rindunya aku pada setiap sentuhannya…

“ Zul sayang… kalau sayang boleh dengar, abang nak minta maaf dekat sayang. Abang tahu selama abang jadi suami sayang, abang terlalu kasar dengan sayang. Abang tak pernah panggil sayang dengan panggilan ini.” Alex terhenti seketika. Alex mengambil nafas dalam.

Ya Allah…. kenapa aku tidak dapat membalas ucapan sayangnya itu kini? Ya Allah, Alex….

“ Abang dah tak ada peluang nak cakap dengan sayang lepas ni. Abang nak sayang janji, tolong jaga anak kita ni. Abang mintak sangat – sangat, tolong sayang anak kita ni. Walaupun abang takkan ada lepas ni nak tengok anak kita, abang tahu sayang akan jadi ibu yang baik kepada anak kita.” kata – katanya terhenti.

Air mataku mengalir melalui celah kelopak mataku. Aku dapat rasa titisan air dihujung tanganku. Aku tahu Alex sedang menangis. Kenapa dia cakap macam ni?

Aku tak nak dia tinggalkan aku. Aku nak Alex berada di sisi aku untuk jaga anak kami ini! Dah lama aku nak dengar dia bahasakan diri dia sebagai ‘abang’. Jangan tinggalkan Zul, abang… Mana pulak dia nak pergi?

“ Dan, seperti yang sayang nak, abang dah maafkan segala kesilapan yang mungkin sayang buat, tapi abang tak rasa pun sayang pernah buat salah dengan abang. Abang nak sayang tahu, abang sangat sayangkan sayang, sejak kali pertama lagi kita berjumpa. Selamat tinggal sayang….”

Terus dia berlalu meninggalkanku keseorangan dalam bilik pembedahan itu. Air mataku enggan berhenti mengalir.

<<<<<>>>>>

Aku mencelikkan mataku. Jantung baruku terasa begitu kuat berdegup dengan kencang. Rasa seperti kuda pula. Rasa sungguh…. bertenaga. Aku melihat satu – persatu wajah di hadapanku. Hiba sungguh wajah mereka.

Alex mana?

“ Mama… suami Iqa mana?” soalku kepada mama.

Mama hanya menggelengkan kepalanya dengan air mata yang bergenang di tubir mata. Mama Alex kulihat semakin teresak – esak menangis. Papa Robert sedang menenangkan isterinya.

Papa mendekatiku dan menggenggam tanganku erat.

“ Papa… Alex mana?” soalku lagi kepada papa. Raut wajahnya seperti suatu yang buruk sahaja telah berlaku.

“ Nak… bersabar ya. Ingat Allah….”

“ Apa semua ni papa? Iqa nak jumpa Alex! Mana dia?!” aku sudah tidak dapat mengawal diriku.

“ Alex dah tak ada nak…” jawab papa sambil memelukku erat dan menepuk lembut belakangku. Aku terus merungkaikan pelukanku.

“ Apa maksud papa?! Papa tipu Iqa!” aku tidak dapat menerima kenyataan. Inikah maksud Alex apabila dia berkata bahawa dia akan pergi?

“ Sayang… Alex dermakan jantung dia untuk kamu. Sebab tu dia dah tak ada. Dia pesan dekat papa suruh jaga Iqa dengan anak kamu berdua baik – baik tau. Papa mintak pada Iqa, jangan sia – siakan pengorbanan menantu papa, Iqa.”

Di saat aku mendengar kata – kata keramat itu keluar dari mulut papa, aku terus pengsan.

<<<<<>>>>>

Sudah tiga tahun Alex meninggalkan aku. Dia tidak meninggalkan aku seorang diri, sebaliknya telah memberikanku permata yang sungguh bernilai. Aaron Zikree, anakku bersama Alex, adalah penyeri hidupku.

Wajahnya mirip papanya, dan menjadi pengubat rinduku setiap detik aku rindukan Alex. Aku sangat sayangkan Aaron, dia adalah satu – satunya pemberian Alex yang mengandungi sebahagian daripada dirinya selain dari jantungnya yang tidak pernah berhenti berdegup dalam diriku ini.

Tiap kali aku rasakan kehadiran Alex, akanku meletakkan tanganku di atas jantung Alex. Selama ini, aku sedar Alex tidak mati, sebaliknya, dia hidup dalam diriku. Tiap masa, dia bersamaku.

“ Mummy… I miss daddy. A lot.” kata Aaron dengan matanya yang bulat memandangku.

Aku menarik selimut menutupinya hingga paras dada. Aku turut berbaring di sebelah Aaron.

“ I miss him too…” kataku, cuba menahan sebak di dada.

“ What does daddy look like, mummy? Is he handsome?” tanya anakku yang tidak kurang celiknya juga seperti daddynya.

“ Daddy’s very handsome. Macam Aaron jugak. In fact, exactly like you!”

“ And that’s why girls menjerit bila tengok Aaron? Because i’m handsome?” Aaron tersengih menunjukkan dua gigi hadapannya yang sudah gugur. Comel sahaja aku melihatnya.

“ Yeah… Aaron sangat handsome.” aku menjawab dan mengusap kepalanya yang lebat dengan rambutnya yang lembut bak sutera, sama seperti rambut Alex dahulu.

“ Do you love me, mummy?”

“ So much, lebih daripada nyawa mummy sendiri.” jawabku tanpa rasa sangsi.

“ Daddy?” anakku ini sudah kenal akan daddynya kerana aku selalu bercerita mengenai Alex kepadanya kerana aku mahunya kenal akan daddynya.

“ Daddy lagi sayang Aaron.”

“ I love mummy and daddy. So much!” kata Aaron lalu mendaratkan sebuah kucupan di pipiku.

“ Mummy dengan daddy pun sayang Aaron sangat – sangat. Go to sleep honey. I’ll see you in my dream, baby.” aku pula mencium ubun – ubun Aaron dengan lembut.

“ And daddy too!”

“ Yes… and daddy too.”

Aku menuju ke balkoni penthouse aku dan Alex. Aku mendongak ke langit dan melihat bintang – bintang berkelipan. Terdapat tiga bintang di langit. Itu ialah Alex, aku dan Aaron. Aku tahu, Alex pastinya berbangga denganku. Aku harap.

Abang, walaupun abang tak dapat rasa Iqa, Iqa dapat rasa kehadiran abang. Abang, walaupun abang tak dapat hidup dengan Iqa sekarang, tapi Iqa tetap dapat hidup dengan abang dalam setiap saat hidup Iqa.
Kerana abang, abang hidup dalam diri Iqa dan juga anak kita. Iqa sayang abang, dan Iqa takkan sia – siakan pengorbanan abang untuk Iqa dan Aaron. Insya – Allah.
 penulisan2u.my

1 ulasan:

  1. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
    http://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html


    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...