Keranda yang ditutup dengan bendera Malaysia telah diturunkan daripada "aircraft'.
Jenazah anggota polis komando Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal
Sabaruddin Daud, 46, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) Subang di sini pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu. Jenazah
kedua-dua Allahyarham diberi penghormatan terakhir semasa ketibaan.
Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM dengan kehadiran ahli keluarga
Allahyarham Zulkifli dan Sabaruddin. Bercakap kepada pemberita di situ,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memberi
dua pilihan kepada kumpulan bersenjata Sulu iaitu menyerah diri atau
terima apa juga akibat daripada tindakan yang telah dilakukan. Najib
berkata, beliau telah bercakap dengan Presiden Filipina Benigno Aquino
pada malam Jumaat mengenai perkara itu. Katanya, pintu rundingan telah
ditutup memandangkan kumpulan bersenjata Sulu mengambil pendekatan untuk
menentang tindakan itu. "Kumpulan bersenjata Sulu harus menyerah diri
atau akan berdepan tindakan daripada pasukan keselamatan kita," katanya
kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada jenazah
kedua-dua anggota polis yang terkorban di sini pada Sabtu Sumber : mstaronline
Ketibaan jenazah dua anggota komando yang gugur diringi YAB Perdana Menteri
Ibu dan isteri allahyarham dipertemukan dengan jenazah.
Wira Negara yang Terkorban dan Tercedera dalam Pertempuran Semalam
http://taotauajer.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan