1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari
fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali
akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan
orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka.
Orang pertama yang patut
kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri
sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati
dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan
hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita
patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.
yang aku hormati dalam diri mereka?”.
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima
cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak
cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima.
Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan.
Formula rahsia untuk
meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan
selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku
dapat?”.
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta
sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan
bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama –
sama melihat ke satu tujuan.
Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah
tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke
suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah
satu ekspresi cinta yang paling kuat menghancurkan dinding pemisah dan
menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan
getaran cinta yang sebenarnya.
Tetapi agama isalam melarang kita bersentuh sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.
6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai
seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah
milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”.
Bahkan dalam hubungan
percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita
mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan
dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita.
Mencintai bererti
melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua
rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah
lembaran baru bagi hidupku”.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar
untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah.
Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang
kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut
untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah
melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan
orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin
boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu
akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta,
siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan
sekarang…kenapa kamu
menunggu?
menunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin
mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen,
dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki
hubungan yan gpenuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu.
Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan
merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang
mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta
dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan
hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang
dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat
diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu
dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok
dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah
mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..
10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu
menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya,
seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan
merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan.
Kamu tidak boleh
mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara
utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu
cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
“Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
http://seorangbernamaaku.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan