Isnin, 1 Julai 2013

Resepi - Tauhu Goreng Singapura

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita makan tauhu goreng singapura pulak. Saya pun tak tau, kenapa di beri nama sedemikian rupa...hanya tuan punya resepi saja yg boleh menjawabnya...mungkin juga kawan2 di Singapura boleh menjawabnya. Resepi ni mudah dan ringkas, tapi saya cukup suka rasa sambal kacang yg mcm ni., sudah semestinya sedap hingga menjilat jari dan segala pinggan. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya...

  Tauhu Goreng Singapura






BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap (mat tak celur, saya pun)
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang (takde stok, saya ganti hirisan carrot)
  • 4 ulas bawang putih*-saya bakar sekejap
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!
 http://yatiememories.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...