Tambah kapsyen |
Pesanan pertama : Bertakwa kepada Allah
ALLAH s.w.t banyak menyebut dalam Al-Qur'an yang memerintahkan manusia supaya sentiasa bertakwa dalam kehidupan mereka. Antaranya ALLAH s.w.t. berfirman : " Sesungguhnya orang- orang yang paling mulia daripada kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa dalam kalangan kamu'' : (Surah: Al-Hujurat 49:13)
Malah pesanan takwa turut disampaikan oleh utusanNya yang mulia -
Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda telah memberikan tiga
pesanan yang mempunyai kaitan dengan; HABLUMMINALLQH DAN HABLUMMINANNAS.
Baginda mendahulukan konsep takwa yang perlu diamalkan di mana-mana, ketika dalam jamaah
(ramai) atau ketika bersendirian. Namun, apa itu takwa ? Secara ringkasnya ia boleh difahami dengan DUA perkara:
(ramai) atau ketika bersendirian. Namun, apa itu takwa ? Secara ringkasnya ia boleh difahami dengan DUA perkara:
1: Melakukan segala perintah ALLAH, iaitu kewajiban seorang Muslim dan amalan-amalan kebaikan yang lain,,
2: Meninggalkan segala larangan ALLAH yang boleh mengundang kemurkaan dan Azab-Nya.
Pesanan Kedua: Amalan Kebajikan Menghapuskan Kejahatan
Memang tidak dinafikan ramai di
kalangan kita hari ini tidak dapat mengamalkan konsep takwa sepenuhnya
dalam kehidupan mereka. Hari yang dilalui bercampur dengan kebaikan dan
kejahatan, Sesungguhnya ALLAH s.w.t.
Maha Mengetahui hakikat tersebut, sebab itulah banyak ajaran Islam
mengandungi sarana supaya manusia bertaubat dari kesalahan yang di
lakukan. Bukan itu sahaja amalan kebaikan yang di lakukan pula mampu
menghilangkan kotoran dosa. Maka bersegeralah memohon taubat kepada ALLAH s.w.t.
dan tanamkan azam untuk tidak mengulanginya lagi, mulakan kehidupan
baru yang mengerjakan kewajiban yang sebenarnya sebagai hamba ALLAH s.w.t.
Pesanan Ketiga: Berakhlak Mulia Sesama Manusia
Berakhlak baik digambarkan sebagai suatu amalan yang cukup mulia, Nabi s.a.w. bersabda : kebaikan itu ialah akhlak mulia :( Riwayat Muslim )
Segala perbuatan yang menyenangkan orang lain serta tidak melanggar perintah ALLAH akan
di kira sebagai akhlak yang baik, Ingat mahfum pesanan baginda : Tidak
ada keta'atan yang perlu diberikan kepada mahluk pada perbuatan yang
merupakan maksiat kepada ALLAH Azzawajalla
( Riwayat Ahmad )
( Riwayat Ahmad )
Sebenarnya banyak perbuatan yang boleh dilakukan kepada manusia lain,
syaratnya, ia perlu mematuhi ajaran Islam yang murni. Mengikut landasan
Al-Qur'an dan hadist Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap
seorang muslim yang berakhlak mulia sebagaimana dinyatakan dalam hadist
baginda yang ertinya: "Seorang muslim yang sebenar ialah orang yang
membuat orang Islam lainnya merasa selamat dan aman daripada kejahatan
yang dilakukan oleh lidah dan tangannya :
( Riwayat Al- Bukhari )
( Riwayat Al- Bukhari )
Semoga kita dapat memelihara : HABLUMMINALLOH DAN HABLUMMINANAS:
PENGAJARAN:
1. Bertakwa kepada ALLAH adalah aset paling penting kepada manusia.
2. Berusaha melakukan kebaikan walau sekecil manapun dan tidak meremehkannya.
3. Akhlak mulia dapat menjaga keharmonian hidup manusia.
http://cintarindurasul.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan