Selasa, 10 September 2013

Peranti Mengecas 10 Gajet Serentak Di Pasaran


Peranti Mengecas 
Anda pasti tercari-cari sejenis alat yang boleh mengecas pelbagai jenis gajet elektronik moden milik anda sekaligus.

Biasanya selepas pulang dari kerja, anda mesti mahu mengecas iPhone, iPad, Blackberry dan juga pelbagai jenis gajet lain yang semakin canggih sekarang ini yang anda miliki untuk memulakan hari baru esok.




GriffinChargingStation02 

Di internet anda boleh membeli peranti yang mempunyai kebolehan itu yang menggunakan teknologi ChargeSensor yang boleh mempercepatkan proses mengecas secara serentak.

Gajet dikenali sebagai Griffin Multidock berupaya mengecas kira-kira 10 alat elektronik sekaligus.

Teknologi sensor itu akan secara automatik mengesan keperluan kuasa bateri setiap gajet anda yang disambungkan sebelum mengecasnya mengikut keperluan alat itu.

Multidock boleh digunakan untuk mengecas semua iOs dan Android, tablet dan telefon pintar serentak.

Jika anda ingin membelinya, anda boleh ke laman web griffintechnology dengan harga $USD 699.99 atau kira-kira RM2200.

Ia rasanya satu harga yang berbaloi jika dibandingkan dengan keadaan wayar berselirat akibat alat pengecas yang berbeza.
 mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...